Secara amnya, sama ada saka akan menyukarkan 'tuan'nya mengandung, ia bergantung kepada objektif saka.
Ada wanita yang bersaka, tetapi ramai anak.
Atas sebab itu, untuk mendakwa secara sembrono semua saka menghalang atau mengganggu proses mengandung adalah salah.
Saka akan mengganggu proses mengandung apabila ia melihat darah haid sebagai makanan 'sihat' dan 'enak' untuknya.
Saka juga mengganggu apabila ia melihat rahim sebagai inkubator untuk keturunannya.
Apabila saka tidak melihat rahim sebagai sesuatu yang memberi faedah kepadanya, maka ia tidak mengganggu proses mengandung.
Jika anda dikatakan bersaka dan sukar untuk mengandung, anda boleh berusaha untuk mengandung dengan melakukan semua dibawah :
- Zikirkan doa ayat 8, Surah a-Tahrim
- Berusaha untuk meleraikan 'ikatan (hubungan) mistik' dengan saka keturunan
- Petua 'tambahan' untuk mengandung
- Selalu minum dan mandi air yang dirukyah
- Sebelum tidur malam, lakukan sunnah nabi ini.
- Dari semasa ke semasa, mandi air wuduk untuk membersihkan diri dari penyakit ain.
Wallahua'lam.
Ramai gak yang tak pregnant walaupun dah cuba mcm2 tip. Mudahan tip nie xan really bantu those yang bertahun-tahun childless. Amin.
ReplyDelete