26 March 2024

Tokyo mengeluarkan amaran jangkitan bakteria STSS yang boleh membawa maut

Kerajaan Metropolitan Tokyo telah mengeluarkan amaran keatas kes jangkitan bakteria jenis yang jarang-berlaku-tetapi-serius telah melebihi separuh daripada kiraan statistik tahun lepas - iaitu 88 di ibu negara.

Pada masa yang sama, terdapat 517 jangkitan di seluruh negara.

Kebimbangan terhadap penyebaran sindrom kejutan toksik streptokokus (STSS), yang sering digelar sebagai "penyakit makan daging," telah dilaporkan mendorong Korea Utara untuk membatalkan perlawanan bola sepak dengan Jepun yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang.

Dalam kes yang serius, STSS mempunyai kadar kematian sekitar 30% daripada individu yang dijangkiti pada tahun 2023 - kadar kematian yang "sangat tinggi", kata kerajaan Metropolitan Tokyo.

Sumber : thejapantimes
  

No comments:

Post a Comment