23 December 2022

Mandi air wuduk rawat penyakit ain

Secara ideal, ubat penyakit ain ialah mandi air wuduk pelaku atau pelempar ain.

Tetapi pada pandangan peribadi saya, amat sukar untuk kita kenal pasti siapa pelaku atau pelempar ain memandangkan kita kini hidup dalam zaman 'tanpa sempadan'.

Mungkin pelaku atau pelempar ain berada beribu kilometer jauh dari pesakit ain - atas sebab penggunaan media sosial.

Atas sebab itu, saya menyarankan pesakit saya, yang saya syaki terkena penyakit ain, untuk mandi air wuduk ahli keluarga - merujuk kepada ibu pesakit.

Jika tiada ibu, saya menyarankan agar ahli keluarga yang 'dipilih' ialah ayah pesakit.

Dan sekiranya ibu dan ayah pesakit tiada, saya sarankan untuk memilih ahli keluarga yang amat dihormati atas sebab moral dan agama.

Bagaimanapun, sekiranya tiada, maka saya menyarankan agar mengambil air kolah yang digunakan untuk mengambil wuduk di surau atau masjid, untuk mandi.

Pendekatan saya dalam menangani penyakit ain ialah untuk mendapatkan berkat.

Diharapkan dengan keberkatan yang ada, penyakit ain dapat disembuhkan. Insyallah.

Dan saya memberi keutamaan kepada ahli keluarga berbanding dengan bukan ahli keluarga.

Bagaimanapun, jika ada orang alim tinggal berhampiran, mungkin sebaik-baiknya, mandi air wuduknya. 

Wallahua'lam.
 
👀 Pautan video diatas disini 👉 Ku Maok Tauk
  
p/s Pada pandangan saya, air wuduk hasil dari membasah / membasuh 4 anggota wajib sahaja. Wallahua'lam.
  
Artikel Berkaitan
    

No comments:

Post a Comment