30 December 2022

Teruskan berdoa ... kata Saidina Umar bin Al-Khattab


ALLAH swt telah mengurniakan banyak sangat pemberian yang tidak terhingga pada kita : kesihatan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya. 

Kita mungkin tidak menyedari semua nikmat ini melainkan apabila nikmat itu hilang dari kita.

Nikmat mata tidak disedari melainkan bila sakit. 

23 December 2022

Mandi air wuduk rawat penyakit ain

Secara ideal, ubat penyakit ain ialah mandi air wuduk pelaku atau pelempar ain.

Tetapi pada pandangan peribadi saya, amat sukar untuk kita kenal pasti siapa pelaku atau pelempar ain memandangkan kita kini hidup dalam zaman 'tanpa sempadan'.

Mungkin pelaku atau pelempar ain berada beribu kilometer jauh dari pesakit ain - atas sebab penggunaan media sosial.

16 December 2022

Tip untuk lindungi rumah daripada gangguan makhluk halus



Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. 

Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Dalam hal melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhluk halus ini, Nabi SAW telah mengajar kita beberapa panduan yang boleh diamalkan. 

09 December 2022

Tip : Bagaimana Melawan Sarcopenia (Kehilangan Otot Akibat Penuaan)


Sarcopenia boleh berlaku secara semula jadi disebabkan oleh penuaan atau keadaan kesihatan lain. 

Tetapi amalan tertentu, termasuk melaraskan diet dan tahap aktiviti anda, boleh membantu mencegah atau membalikkannya.

Sarcopenia, juga dikenali sebagai kehilangan otot, adalah keadaan biasa yang menjejaskan 10% orang dewasa yang berumur lebih dari 50 tahun.

02 December 2022

Berhati-hati bila alami masalah 'kehilangan tenaga mengejut' (sudden loss of energy) di kaki


Ini bukan masalah keletihan yang melampau dikaki.

Atau masalah hilang keseimbangan atas sebab masalah 'vestibular'. 

Tetapi masalah kehilangan tenaga dikaki untuk beberapa saat.