23 September 2022

Rukyah mampu rawat LGBT ???

Seorang kenalan mendakwa rawatan rukyah berjaya 'menyembuhkan' anaknya yang lembut.

Dia berkata walaupun tidak 100% sembuh, anaknya kini banyak berbeza dari sebelumnya.

Kalau dulu, kata kenalan saya, anaknya duduk bersimpuh seperti perempuan.

16 September 2022

Vape - Pilihan terbaik lelaki yang nak merancang 'cegah kehamilan'

 
Tanpa disedari oleh penggemar vape, vape berupaya untuk membantu para suami untuk merancang kehamilan isteri mereka.

Walaupun dunia diberitahu tentang kewujudan pil perancang lelaki yang bakal memasuki pasaran dalam masa hadapan. mungkin vape lebih diterima oleh lelaki kerana berbanding dengan pil, vape berupaya untuk memberi 'kenikmatan' - iaitu ketika menyedut asap.

Manakala pil, yang biasanya diminum dengan air kosong, tidak memberi 'kenikmatan' ketika menelannya.

09 September 2022

Sheikh saran amal Surah al-Fatihah untuk sembuh penyakit

 
Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, guru kepada tokoh ilmu hadis dan sejarah yang terkenal, Ibn Kathir, menyarankan mengamal Surah al-Fatihah untuk mendapatkan kesembuhan daripada penyakit.

Menurut ahli Panel Pakar Tasawuf JAKIM Shaykh Dr. Hj. Jahid Hj Sidek al-Khalidi, Ibn Qayyim Al-Jawziyyah menceritakan pengalamannya berusaha untuk menyembuh penyakit yang dihadapinya dalam kitab Tibbun Nabawi.

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah telah berusaha mengamalkan banyak ayat Quran tetapi masih tidak sembuh.