Tanpa disedari oleh penggemar vape, vape berupaya untuk membantu para suami untuk merancang kehamilan isteri mereka.
Walaupun dunia diberitahu tentang kewujudan pil perancang lelaki yang bakal memasuki pasaran dalam masa hadapan. mungkin vape lebih diterima oleh lelaki kerana berbanding dengan pil, vape berupaya untuk memberi 'kenikmatan' - iaitu ketika menyedut asap.
Manakala pil, yang biasanya diminum dengan air kosong, tidak memberi 'kenikmatan' ketika menelannya.
Vape mampu membantu mencegah kehamilan dengan menurunkan tahap testosteron penggemar vape lelaki sebanyak 50%. (Rujuk National Library of Medicine)
Menurut Persatuan Urulogi Amerika, tahap testosteron yang rendah akan mengakibatkan dorongan seks yang rendah.
Dalam erti kata lain, keinginan untuk melakukan seks dengan isteri akan menurun.
Ini berita baik untuk lelaki yang mahu cegah kehamilan isteri.
Bagaimanapun, pada masa yang sama, perlu diketahui bahawa tahap testosteron yang rendah juga akan mengakibatkan mati pucuk.
Selain itu, lelaki yang mempunyai tahap testosteron yang rendah akan mengalami :
- keletihan
- mengurangkan jisim otot tanpa lemak
- cepat marah
- kemurungan
Testosteron adalah hormon seks utama pada lelaki dan memainkan beberapa peranan penting, seperti:
- Perkembangan zakar dan testis
- Penampilan rambut muka dan kemaluan bermula pada akil baligh;
- Saiz dan kekuatan otot
- Pertumbuhan dan kekuatan tulang
- Pemacu seks (libido)
- Pengeluaran sperma
Semoga memberi manfaat. Aameen.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment