23 September 2022

Rukyah mampu rawat LGBT ???

Seorang kenalan mendakwa rawatan rukyah berjaya 'menyembuhkan' anaknya yang lembut.

Dia berkata walaupun tidak 100% sembuh, anaknya kini banyak berbeza dari sebelumnya.

Kalau dulu, kata kenalan saya, anaknya duduk bersimpuh seperti perempuan.

Jika dakwaan ini benar, ia bermaksud masalah LGBT berpunca dari masalah gangguan keatas minda - dan bukan biologi.

Bahkan ada banyak hujah-hujah sains yang mantap menolak hujah 'biologi' golongan LGBT.

Amat jelas bahawa pendokong LGBT hanya berpandukan kepada emosi / perspektif semata-mata ketika berhujah - bukan fakta sains!


وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِّنَ الْعَالَمِينَ ﴿٨٠﴾ إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ ﴿٨١﴾ وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَن قَالُوا أَخْرِجُوهُم مِّن قَرْيَتِكُمْ ۖ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ ﴿٨٢﴾ فَأَنجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ إِلَّا امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ ﴿٨٣﴾ وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا ۖ فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ

Maksudnya: Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri". Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.

Surah al-A'raf (80-84)
Dulu ALLAH swt datangkan HIV dan sekarang ALLAH swt datangkan monkeypox kepada pengamal seks sejenis.

Insyallah, akan ada penyakit lain yang ALLAH swt datangkan kepada mereka!

Semoga ALLAH swt memberi kita hidayah. أمين

Wallahua'lam.

Artikel berkaitan 

No comments:

Post a Comment