31 December 2021

TIP Berzikir untuk cepat sampai ke destinasi



Tip ini dikongsikan oleh seorang kenalan.

Menurutnya, tip ini diperolehinya berdasarkan pengalamannya sendiri.

Kisahnya seperti berikut:

Saya sering berzikir ketika memandu terutamanya ketika memandu ke destinasi yang jauh.

Saya berbuat demikian dengan anggapan jika terjadi kemalangan, sekurang-kurangnya saya dalam keadaan mengingati ALLAH swt.

Pada suatu hari, saya memandu kereta yang dinaiki oleh mak, ayah dan adik saya.

Disebabkan ayah dan mak saya tidur dalam kereta, saya mengambil keputusan untuk memandu dengan kelajuan 60 - 70 km/j.

Berdasarkan pengalaman saya, kami akan sampai ke destinasi diantara 3 - 4 jam dengan kelajuan 60 - 70 km/j.

Sambil memandu, saya akan melihat jarum penunjuk kelajuan kerana saya mahu pastikan kelajuan sentiasa diantara 60 - 70 km/j.

Bila kami sampai ke destinasi, saya terkejut kerana tempoh perjalanan hanyalah 2 jam 30 minit!

Adik saya juga turut terkejut kerana dia juga membuat anggaran yang serupa dengan saya - iaitu dalam tempoh lebih dari 3 jam.

Sejak dari saat itu, saya akan sentiasa berzikir ketika memandu.

Kadang-kadang, walaupun keadaan jalan yang sesak dengan kereta, saya akan sampai di destinasi lebih cepat dari biasa.

والله أعلم

p/s Menurut kenalan saya, dia tidak menetapkan zikir ketika memandu.

 Tetapi dia sering berzikir :

سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
لا إله إلا الله
الله أكبر
لا حول ولا قوة إلا بالله






No comments:

Post a Comment