09 April 2021

#Kisah Pesakit : Sakit Lutut Sejak Dibangku Sekolah Menengah


Sejak mengalami kecederaan di bahagian lutut, Ali (bukan nama sebenar) tidak lagi dapat melakukan sukan kegemarannya - iaitu berlari perlahan-lahan (jogging).

Walaupun lututnya sudah sembuh, Ali takut untuk menggerakkan lututnya dengan agresif kerana khuatir lututnya akan kembali sakit seperti dulu.

Disebabkan Ali tidak lagi berlari perlahan-lahan (jogging), dia mula pergi ke gim untuk bersenam.

Selain dari melakukan senaman untuk menguatkan otot tangan, Ali juga melakukan senaman untuk menguatkan otot kaki.

Keadaan lutut semakin baik tetapi tidak seperti asal.

Dari semasa ke semasa, lutut akan 'bermasalah'.

Beberapa tahun kemudian, sekali lagi terjadi kecederaan keatas lutut Ali.

Dia terjatuh ditangga, dan lututnya terhantuk anak tangga.

Lututnya sakit and Ali tidak dapat membengkokkan kakinya.

Dia ada berjumpa pakar dan dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat fisioterapi.

Selepas dia menceritakan masalah kesihatan lututnya, saya bertanya sama ada dia merasa sakit dibahagian lutut.

Dia berkata : "Ya."

Saya menyarankan dia mengurut poin dibadannya.

"Magic," katanya beberapa saat selepas dia berjalan.

Ali mendakwa lututnya tidak merasa sakit walaupun sebelum itu sakit.

Saya memberitahu Ali, masalah lutut yang dialaminya ialah mungkin disebabkan otot-otot dibahagian lutut tidak bermaya.


-----
Saranan :

➽ Urut poin CV1  jika lutut sakit
➽ Buat senaman berjinjit untuk kuatkan otot
➽ Makan ikan (salmon, tuna, sardin) untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang penting untuk kesihatan otot
➽ Jaga kesihatan lutut
-----


p/s Beberapa hari kemudian, Ali menghantar mesej memberitahu saya, dia tidak lagi mengalami sakit lutut walaupun berjalan agak lama. Sebelum ini, lututnya akan bermasalah jika dia terlalu lama berjalan.

Alhamdulillah.

Terimakasih ALLAH swt diatas kurniaanMu.

Wallahua'lam.
   

No comments:

Post a Comment