Ramai warga emas mengalami masalah kencing tidak lawas dan ianya lebih ketara dikalangan lelaki berbanding wanita.
Dianggarkan sebanyak 30-40% warga emas lelaki mengalami masalah ini.
Risiko mendapat gejala ini bertambah dengan peningkatan umur seseorang.
Rawatan untuk masalah kencing tak lawas bergantung kepada jenis penyakit yang dialami.
- Terdapat rawatan ubat-ubatan atau pembedahan untuk mereka yang mengalami kebengkakan kelenjar prostat. Rawatan utama melibatkan penggunaan ubat-ubatan seperti ubat jenis ‘alph-1 blocker’ dan ubat anti-androgen (hormone seks lelaki). Pembedahan pula, melibatkan pembuangan kelenjar prostat secara separuh atau sepenuhnya. Rawatan pembedahan biasanya dipilih hanya apabila rawatan ubat-ubatan tidak cukup untuk menangani gejala masalah kencing pesakit.
- Ubat antibiotik diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah jangkitan kuman saluran air kencing.
- Senaman otot pelvic dapat membantu mereka yang mengalami masalah tidak dapat mengawal air kencing akibat kelemahan otot-otot pundi air kencing.
- Pada masa yang sama, ada petua yang mungkin boleh dicuba untuk 'mengubati' ataupun 'merawat' masalah kencing tak lawas.
- Teknik akupoin (di kedua-dua belah kaki) juga boleh dipertimbangkan.
Akupoin UB40
- Minum air dengan secukupnya.
- Amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangkan makanan berlemak dan meningkatkan pengambilan buah-buahan.
- Mendapatkan berat badan yang unggul dan mengelakkan kegemukan
- Bersenam selalu
- Mengurangkan stress
- Melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat. Elakkan dari mendapat penyakit kelamin dengan mengelakkan hubungan seksual rambang. Penyakit kelamin seperti gonorrhea menyebabkan radangan dan jangkitan prostat dan salur air kencing.
- Jaga kebersihan diri dan persekitaran untuk mengelakkan jangkitan.
- Elakkan kecederaan di kawasan perineal seperti semasa berbasikal dan menunggang kuda
- Jangan tahan air kencing
- Elakan pengambilan alkohol berlebihan kerana ia boleh memburukkan lagi gejala masalah kencing
- Berjumpa doktor sekiranya mempunyai sebarang gejala masalah kencing.
Semoga memberi manfaat. آمين
Artikel Berkaitan :
والله أعلمُ
No comments:
Post a Comment