09 July 2021

#Kisah Pesakit : Penyakit Kurap Yang Degil


Ibubapa Zaki (bukan nama sebenar) sudah dalam keadaan mati akal kerana masalah kurap yang tidak sembuh berbulan-bulan.

Ribuan duit telah dihabiskan untuk merawat Zaki yang berusia 12 tahun - berjumpa doktor dan pakar kulit, dan membeli ubat di farmasi.

Setelah sekalian lama bergantung kepada ubat-ubatan, ibubapa Zaki mengambil keputusan untuk mencuba menggunakan bawang putih yang telah dihancurkan.

Hampir setiap kali ramuan minyak bawang putih (iaitu bawang putih dicampur minyak kelapa) disapu di bahagian badan yang ada kurap, Zaki akan menggeliat kesakitan.

Ramuan minyak bawang putih disapu sebelum tidur dan selepas mandi di siang hari.

Kadang-kadang Zaki mengomel badannya berbau bawang putih.

Apakan daya - itu usaha untuk menyembuhkan penyakit kurap.

Apabila bapa Zaki menceritakan masalah penyakit kurap yang dihadapi oleh anaknya, saya mencadangkan teknik akupoin.

Hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja, kurap menjadi kering.

Teknik akupoin dilakukan oleh Zaki sebelum tidur malam.

Keesokan hari, keadaan kurapnya agak memberangsangkan.

Selepas tempoh sebulan, Zaki tidak lagi ada masalah kurap.

Saya memberitahu bapa Zaki bahawa mungkin tahap imunisasi anaknya agak rendah - atas sebab itu penyakit kurap tak sembuh-sembuh.


-----
Saranan :

 Gabungan dua teknik akupoin
➠ Teknik akupoin tingkatkan sistem imunisasi
➠ Teknik akupoin percepat proses penyembuhan
 Kurangkan gula

-----

اَللّٰهُ أَعْلَم
   

No comments:

Post a Comment