Langkau ke kandungan utama

Sains segala-galanya?



Saya rasa terpanggil untuk menjawab kenyataan Dr Zaini Hussin bahawa jangan terpedaya dengan 'rawatan Covid-19 yang tiada bukti saintifik' apabila beliau memberi kenyataan mengenai tawaran dua orang hamba ALLAH swt di Kelantan untuk membantu pesakit Covid-19.

Adakah benar sains segala-galanya?

Jika sains gagal mengungkil misteri maka ia dikatakan sebagai satu dakwaan yang palsu semata-mata?

Kalau begitu, macam mana pula dengan dakwaan manusia akan dibangkitkan semula selepas mati?

Ada bukti saintifik?

"Ohhh ... itu kuasa ALLAH swt" - ini mungkin jawapan Dr Zaini.

Rawatan Covid-19 tanpa ada bukti saintifik bukan kuasa ALLAH swt?

Macam itu???

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini Hussin menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat terpengaruh dengan dakwaan rawatan Covid-19 yang tiada bukti saintifik.

Katanya, kajian saintifik membuktikan bahawa punca Covid-19 disebabkan oleh virus.

"Penyebaran jangkitan juga sudah ada maklumat yang sahih, jadi saya berharap orang ramai membuat rawatan segera di klinik atau hospital."

Bagaimana pula kisah sahabat Nabi yang merawat kesakitan (masalah kesihatan) yang disebabkan racun dengannya hanya membaca Surah al-Fatihah?

Surah al-Fatihah dah tak releven dan tak boleh digunapakai lagi disebabkan adanya sains?

Macam itu???

Pandangan yang memperkecilkan kuasa ALLAH swt amat menjelekkan seolah-olah kuasa ALLAH swt terhad dengan sains.

ALLAH swt berkuasa keatas segala-galanya - termasuk yang kita ketahui dan tak ketahui.

Mungkin, dengan izin dan kehendak ALLAH swt, Covid-19 dapat dirawat dengan bacaan ayat-ayat al-Quran atau dengan cara lain seperti akupuntur dan sebagainya.

Sepatutnya, Dr Zaini berhemah dalam memberi pandangan dan bukannya memperkecilkan kuasa ALLAH swt dengan secara halus.

Sepatutnya komen beliau seperti ini :

• Memandangkan ancaman wabak Covid-19 amat merbahaya dan memerlukan tindakan dengan secepat yang mungkin, maka pendekatan rawatan yang terbaik ialah dengan menggunakan pendekatan vaksin.

• Ini disebabkan telah banyak kajian dilakukan keatas Covid-19 dari sudut sains - iaitu membenteras virus Covid-19 dengan menggunakan ilmu vaksin.

• Kita tidak mempunyai masa untuk membuat kajian saintifik keatas kaedah-kaedah alternatif yang mungkin mampu menangani virus Covid-19 memandangkan keadaan begitu genting sekarang.

• Mungkin kita akan membuat kajian saintifik selepas wabak Covid-19 sudah berjaya ditangani.

Wallahua'lam.
   

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

3 Senaman untuk Pesakit GERD

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com - GERD dan 3 Senaman Yang Boleh Membantu 🔴 Apa Itu GERD? Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) ialah keadaan pencernaan kronik di mana asid perut - dan kadangkala hempedu - mengalir semula ke dalam esofagus (saluran yang menghubungkan mulut ke perut). 

Statin (Pil Koleserol) dan Kerosakan Hati

Statin merupakan antara ubat yang paling kerap diberikan oleh doktor kepada pesakit dengan paras kolesterol tinggi dan risiko penyakit jantung. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...