26 March 2021

Elakkan serangan berganda (double attack) ketika wabak Covid-19 mengganas

-Palak msh
-Blkng kmk belah kiri atas sakit bebulan dah bila mek admit tok mkn pil thn sakit sik ilang2
-Kmk dpt rasa bukan penin covid
<Whatsapp 04Mar2021-07Mar2021 06:36PM-10:41AM>
Berdasarkan kejadian yang menimpa seorang wanita muda yang positif Covid-19 baru-baru ini, saya merasakan mungkin seelok-eloknya kita berusaha untuk mengurangkan risiko serangan mistik pada ketika wabak Covid-19 sedang mengganas.

Biarlah kita sengsara menahan kesakitan disebabkan virus Covid-19 sahaja tanpa perlu menambah kesakitan dengan kesakitan disebabkan elemen mistik.

Secara logiknya, jika tidak mampu menahan kesakitan yang disebabkan serangan berganda, ada kemungkinan ia boleh menyebabkan serangan jantung yang boleh meragut nyawa.

19 March 2021

Jenayah sihir boleh dibuktikan melalui DNA

 
Sinar Harian : Kes-kes jenayah sihir boleh disiasat dengan menggunakan kaedah-kaedah pembuktian forensik termasuklah bukti daripada asid deoksiribonukleik (DNA).

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, pihak berkuasa boleh membuat ujian DNA terhadap barang-barang milik mangsa yang diambil daripada pihak yang mengamalkan sihir.

“Sebagai contoh, penyihir perlu memiliki bahan-bahan kepunyaan mangsa seperti rambut, pakaian, barang milik mangsa yang mangsa suka dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan perbuatan ahli sihir tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.Nik Ahmad Kamal menjelaskan, perbuatan sihir telah menjadi sebahagian daripada ilmu hitam di negara ini dan amalan itu perlu ditangani.

12 March 2021

Tip sihat tanpa pil 'dadah' diusia emas

Saya merasa teruja apabila mengetahui ibu mertua saya dan jiran saya tidak mengambil sebarang pil walaupun sudah berusia.

Ibu mertua saya berusia 76 tahun manakala jiran saya berusia 69 tahun.

Kedua-dua mereka tidak perlu bergantung dengan pil untuk meneruskan kehidupan normal.

Berdasarkan pengalaman mereka, saya cuba membuat senarai 'petua' untuk sihat tanpa pil diusia emas. Insyallah.

05 March 2021

Apa yang anda perlu lakukan apabila pesakit dijaga anda tidak ada selera makan

 

Anda akan beli atau sediakan makanan kegemaran kan?

Inilah yang biasa dilakukan.

Dan ada kalanya agak mengecewakan bila makanan kegemaran tidak dijamah langsung!