29 January 2021

Tip First Aid : Susah buang air kecil


Anda dapat merasakan air kencing ada dalam pundi kencing. 

Tapi ia 'enggan' keluar.

Setelah sekian lama menunggu air kencing keluar dari pundi kencing, anda dapat merasakan air kencing akhirnya mula keluar dan memasuki saluran kencing.

Tetapi setelah memasuki saluran kencing, air kencing seolah-olah tersekat.

Apabila air kencing tidak keluar, anda keluar dari tandas.

Dengan harapan, apabila ada rasa dorongan (urge) untuk kencing, air kencing akhirnya akan keluar.

Malangnya, kadang-kadang anda berulang alik ke tandas untuk beberapa kali sebelum air kencing akhirnya keluar.

Sekiranya anda mengalami masalah ini, mungkin teknik akupoin ini boleh membantu anda.

Tetapi ia hendaklah dilihat sebagai bantuan First Aid dan bukannya penyelesaian kepada masalah sukar kencing anda.

Anda masih perlu mendapatkan rawatan sains untuk memulihkan masalah urinary hesitancy anda.

Teknik akupoin yang anda boleh gunakan ialah :

* CV1 

* CV 3  (lokasi => 4 cun dari pusat)  

Perlu diingatkan disini, kedua-dua akupoin ini mesti digunakan secara bersama jika anda ada masalah sukar kencing seperti digambarkan diatas. 

Bermaksud anda tidak ada pilihan - sama ada hendak menggunakan CV1 atau CV3.

Ini disebabkan kesan / efek dari urut CV1 dan CV3 berbeza.

CV1 dapat membantu mengeluarkan air kencing daripada pundi kencing.

Manakala CV3 dapat membantu melancarkan aliran kencing.

Sebaik-baiknya kedua-dua akupoin ini diurut beberapa kali sehari - bergantung dengan keseriusan masalah sukar kencing anda.


Semoga memberi manfaat. آمین

اَللّٰهُ أَعْلَم

No comments:

Post a Comment