04 April 2020

Silence is Golden : 'Saintis' PAS berjaya tangkap virus Covid-19


Bukan semua perkara yang berkaitan dengan perubatan alternatif yang berkaitan dengan alam mistik boleh dikongsikan dengan orang awam.

Saya tidak menafikan kejayaan / kemahiran untuk 'menangkap' virus Covid-19 dan kemudiannya dimasukkan dalam botol seperti yang didakwa oleh seorang pengamal perubatan Islam - walaupun saya tidak tahu sama ada ia benar atau tidak. Wallahua'lam.

Ini kerana logik alam mistik tak sama dengan logik alam manusia.

Dalam alam manusia, 1 + 1 = 2.

Tetapi dalam alam mistik, 1 + 1 = tidak semestinya 2. Ia boleh 0 atau 1, atau 20, atau 20,000, dan seterusnya.

Atas dasar itu, saya lebih menekan aspek keputusan rawatan - dan bukannya proses rawatan.

Apabila pesakit bertanya apa yang telah saya lakukan, saya hanya memberitahu, yang penting ialah anda sihat. 

Apa yang saya lakukan untuk menyembuhkan, tidak penting.

Kembali semula kepada hal penangkapan virus Covid-19, pada pandangan saya, sebaik-baiknya hal seperti itu jangan diwar-warkan secara terbuka di media sosial seperti Facebook atau Twitter.

Jika benar pesakit Covid-19 sembuh, dia sudah semestinya akan menjadi ejen penyebaran maklumat yang akan mempromosi perawat tersebut.

Lakukan dalam diam-diam tanpa perlu publisiti yang besar-besaran. (Maklumat tentang kejayaan menangkap virus Covid-19 saya perolehi disini.)

Biar individu-individu yang pernah menerima rawatan Covid-19 menjadi ejen penyebaran maklumat dan seterusnya menjadi bukti keberkesanan teknik rawatan yang digunapakai.

Akhirkata, saya ingin menegaskan disini kemahiran untuk menangani virus Covid-19 bukan terhad kepada perubatan Islam sahaja :-).

Perubatan sains juga mampu lakukannya :-). Insyallah, kita akan mendapat anti-viral untuk Covid-19 dalam masa terdekat ini.

Setakat ini, telah ada beberapa ubat yang telah digunakan dibeberapa negara yang didapati berkesan dalam menangani virus Covid-19.

Yang dilakukan oleh pihak berkuasa kesihatan dunia (WHO) kini ialah untuk kenalpasti satu atau dua atau beberapa ubat yang boleh digunakan secara rasmi oleh semua negara.

Malaysia ialah diantara negara yang bersetuju untuk terbabit dalam program percubaan ini.

Selain itu, saya percaya aliran rawatan alternatif yang lain seperti reiki, kundalini, terapi aroma, akupuntur, dan lain-lain, juga mampu untuk menangani virus Covid-19.

Hanya disebabkan tiada publisiti meluas ataupun tiada berita atau maklumat mengenai kejayaan rawatan alternatif ini menangani virus Covid-19, bukan bermaksud tiada kejayaan. 😉😉😉

Kehebatan ALLAH swt Maha Hebat : sakit mampu dirawat dengan pelbagai kaedah / aliran.

اَللّٰهُ أَعْلَم
 
    

No comments:

Post a Comment