10 April 2020

Tip untuk tangani anak yang bermasalah


Mungkin tidak salah untuk saya nyatakan, majoriti kita pernah / sedang berdepan dengan masalah anak yang 'agresif'.

Disini saya akan kongsikan beberapa tip untuk menangani masalah ini.

Semoga tip-tip ini dapat membantu anda. آمین

1. Berisghtifar 

Masalah yang dihadapi oleh anda atas sebab ia merupakan satu ujian ALLAH swt kepada anda.

أَسْتَغْفِرُ ٱللَّٰهَ‎

Anda boleh membuat carian sendiri di internet mengenai keperluan untuk berisghtifar. Diantaranya ialah 'Beristighfar, taubat jadi kunci penyelesaian masalah'.

Pada pandangan saya - jika kita hendak selesaikan masalah, ianya hendaklah bermula dengan kita sendiri terlebih dahulu.


2. Surah al-Fatihah 

Amalkan bacaan al-Fatihah (dihembus kearah makanan dan minuman - jangan hembus makanan atau makanan tapi hanya 'kearah') ketika membuat makanan dan minuman dirumah.

Selepas itu berdoa didalam hati agar ahli keluarga kita dilindungi dan diberkati ALLAH swt.

Atau berdoa agar anak kita menjadi seorang anak yang soleh.


3. 'Sucikan' rumah 

Makhluk ghaib sukar untuk berada di rumah yang 'bersih' dan 'suci'.

Anda boleh mengamalkan yang diajar oleh Rasulullah saw. (Klik disini.)

Atau anda boleh amalkan yang diamalkan oleh sahabat Rasulullah saw - iaitu membaca ayat Kursi disetiap penjuru rumah setiap kali memasuki rumah.

Atau apa jua amalan yang boleh membantu anda 'membersihkan' rumah anda.

Sudah semestinya rumah yang 'bersih' dan 'suci' akan memberi kesan yang positif keatas penghuni rumah tersebut.


Akhirkata semoga ALLAH swt jadikan anak-anak kita sebagai hamba-hambaNya yang soleh yang menyejukkan mata dan hati kita.  آمین

اَللّٰهُ أَعْلَم

   

No comments:

Post a Comment