13 March 2020

Anda bersaka atau tidak?


Bukan mudah untuk melabelkan seseorang sebagai mempunyai saka.

Kerana tanda bersaka menyamai tanda didampingi mahkluk ghaib yang bukan berstatus saka.

Oleh itu, kurang tepat untuk berkata seseorang bersaka dengan hanya menyemak senarai tanda-tanda bersaka.

Senarai tersebut sebenarnya senarai tanda-tanda ada gangguan mistik sahaja.

Kita tidak dapat menentukan sama ada seseorang itu bersaka dengan hanya menumpukan perhatian kepada individu terbabit.

Untuk mengetahui sama ada seseorang itu bersaka atau tidak, kita mesti melihat dengan skop yang lebih besar.

Adakah masalah gangguan atau tanda-tanda bersaka yang dialami oleh individu tersebut juga dialami oleh ahli keluarga yang lain?

Jika gangguan yang sama berlaku pada ramai ahli keluarga (sama ada adik beradik dan saudara mara), maka gangguan tersebut dikategorikan sebagai gangguan saka.

'Ramai ahli keluarga' ditakrifkan sebagai kejadian yang 'biasa' berlaku dalam keluarga dekat dan jauh.

Oleh itu, untuk mengetahui sama ada kita bersaka atau tidak, lihat ahli keluarga kita (dekat dan jauh) - adakah mereka ada tanda-tanda gangguan mistik yang sama?

Jika ya, maka gangguan disebabkan saka.

Tapi jika bukan, gangguan bukan disebabkan saka.

Semoga memberi manfaat. آمین

اَللّٰهُ أَعْلَم

  

No comments:

Post a Comment