Langkau ke kandungan utama

Jangan cari pasal dengan manusia bersaka!


Prevention is better than cure.

So, know thy neighbours, enemies, and friends.

Kita perlu selidik untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai pendamping.

Mengelak daripada mendatangkan kemarahan manusia bersaka bukan bermaksud membenarkan ataupun membiarkan mereka untuk melakukan kesalahan.

Tapi bermaksud untuk mengurangkan atau mengelak risiko sakit misteri. 

Saya sering mengingatkan pesakit dan rakan-rakan saya - jika masih mahu berbalah, pastikan perbalahan tersebut berbaloi dengan kesakitan yang bakal dialami.

Bagi saya, sakit misteri yang rumit sama sekali tidak berbaloi sekiranya perbalahan disebabkan perkara yang kecil ataupun remeh.

Kemudiannya, mereka mendapat sakit misteri yang tak sembuh-sembuh.

Ada yang sakit kepala setiap hari untuk berbulan-bulan.

Dan ada yang alami pendarahan banyak ketika datang haid setiap bulan.

Dan banyak lagi, kes-kes yang pernah saya tangani.

Hampir kesemua kes-kes ini diselesaikan sendiri oleh pesakit - iaitu dengan ‘menjernihkan’ semula hubungan. 

Alhamdulillah.

Kita tidak mampu untuk selidik status 'bersaka-atau-tidak' bagi semua manusia disekeliling kita.

Atas sebab itu, saya sering menyarankan kepada pesakit dan rakan-rakan : jadilah seorang manusia yang pemaaf dan tidak agresif.

Dan jika nak sangat berbalah atau bergaduh, pastikan ia berbaloi (dari segi isu atau perkara yang dibalahkan, dan dari segi keputusan perbalahan).

Tetapi sebaik-baiknya, jadilah seorang manusia yang pemaaf dan tak agresif.


Semoga memberi manfaat kepada anda. آمين

اَللّٰهُ أَعْلَم
  

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

3 Senaman untuk Pesakit GERD

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com - GERD dan 3 Senaman Yang Boleh Membantu 🔴 Apa Itu GERD? Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) ialah keadaan pencernaan kronik di mana asid perut - dan kadangkala hempedu - mengalir semula ke dalam esofagus (saluran yang menghubungkan mulut ke perut). 

Statin (Pil Koleserol) dan Kerosakan Hati

Statin merupakan antara ubat yang paling kerap diberikan oleh doktor kepada pesakit dengan paras kolesterol tinggi dan risiko penyakit jantung. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...