Ramai wanita ambil mudah hal seks dalam mimpi.
Bagi mereka ia hanyalah mimpi.
Amat jarang mereka berkongsi cerita ini dengan orang lain ataupun pasangan masing-masing.
Itu hal peribadi.
Lagipun, jika mereka bercerita dengan orang lain, akan ada prasangka buruk terhadap mereka - terutamanya jika mereka sudah berkahwin.
Suami mereka sudah pasti cemburu lebih-lebih lagi jika isteri mereka amat menikmati hubungan seks dalam mimpi.
Tetapi akibat dari sikap begini, ia memudaratkan wanita tersebut.
Seringkali wanita-wanita ini mengalami masalah haid.
Dan ramai dikalangan mereka yang mengalami simtom-simtom yang sering dialami oleh wanita yang mengandung.
Dan dari segi fizikal, terdapat perubahan seperti wanita yang mengandung.
Tetapi mereka tidak mengandung!
Kalau tidak mengandung, mengapa ada simtom dan perubahan fizikal seperti mengandung?
Dan pada masa yang sama, akan ada terasa seperti kandungan dalam rahim bergerak-gerak.
Pelekkan?
Ujian secara sains menunjukkan tidak mengandung tetapi mengapa begitu?
Selepas itu, wanita-wanita ini akan mengalami fasa terakhir sebelum bersalin.
Hidung kembang dan merah.
Kandungan terasa besar.
Dan bila sesuatu dalam rahim hendak keluar, mereka akan alami sakit seperti hendak melahirkan anak.
Ada yang berlanjutan sehingga berhari-hari.
Dan bila saat untuk keluar sudah tiba, terasa seperti ada objek besar keluar melalui alat kelamin.
Selepas objek tersebut keluar, wanita-wanita ini akan kembali normal dalam tempoh yang singkat.
Persoalannya ialah - apa dalam rahim wanita-wanita yang melakukan hubungan seks dalam mimpi?
Mengenai identiti pasangan lelaki dalam mimpi, kita sedia maklum, ia adalah jin.
Ada diantara mereka yang menyerupai suami.
Dan ada yang tidak dikenali - lelaki asing.
Dan ada yang menyerupai makhluk yang berbulu.
Jika pasangan lelaki adalah jin, dan ia melakukan seks dengan isteri, anak, adik, kakak atau mak kita, apakah identiti ’sesuatu’ dalam rahim yang mengakibatkan mengalami simtom atau fasa mengandung dan melahirkan anak?
No comments:
Post a Comment