24 February 2023

Lindungi isteri dan anak gadis anda dari ilmu sihir 'cinta'!


Semalam saya berkesempatan berbual dengan anak gadis rakan saya.

Perbualan itu mengingatkan saya tentang peristiwa yang menimpanya - gangguan mistik yang berupa 'igauan' keatas bekas teman lelakinya.

Dia mendakwa enam bulan pertama perkahwinannya, dia asyik 'melihat' wajah bekas teman lelakinya setiap kali dia menutup matanya ketika hendak tidur di malam hari.

10 February 2023

Mandi air wuduk efektif tangani penyakit ain?


Setakat ini, maklum balas dari individu-individu yang menerima saranan saya untuk mandi air wuduk bagi menangani masalah kehidupan yang mereka alami yang mungkin berpunca daripada penyakit ain, begitu positif.

Seorang daripada mereka mendakwa kini dia merasa hubungannya dengan sesama manusia lebih mudah dan mesra.

Pada masa yang sama, dakwa individu yang sama, dia merasa lebih tenang.

03 February 2023

Tip First Aid : Pedih ulu hati (Heartburn)


Pedih ulu hati atau lebih dikenali sebagai heartburn adalah keadaan di mana seseorang mengalami rasa pedih atau panas di bahagian dada, biasanya selepas makan atau ketika berbaring.