25 February 2022

Zikir untuk kuatkan jantung?


Tip ini dikongsi oleh seorang rakan saya.

Menurutnya, dia sering berzikir 'Subhanallah, Alhamdullilah, La Ilaha Illallah, Allahu Akbar, La hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim' apabila merasa kurang selesa di bahagian dada (jantung?).

Rakan saya mendakwa rasa kurang selesa akan hilang.

18 February 2022

Berdasarkan pengalaman saya (dan isteri) dijangkiti virus Covid-19 (Omicron?)

* Pening kepala
- Urut bahagian tengah dada, dari atas kebawah.
- Insyallah ia mampu hilangkan / kurangkan pening.

* Mual nak muntah
- Saya tak lawan rasa mual. Bahkan setiap kali ada rasa mual, saya berusaha untuk muntah.
- Alhamdulillah. Setiap kali muntah, rasa mual hilang.

* Berpeluh
- Saya usahakan agar berpeluh ketika tidur dengan berselimut tebal.
- Saya juga membuat senaman ringan disebelah petang untuk mengeluarkan peluh.
- Saya berusaha untuk berpeluh kerana saya demam 'sejuk'. Jika saya demam panas, kemungkinan besar saya tidak berusaha untuk mengeluarkan peluh.

11 February 2022

KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2022 – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan 56% dari kes radang otot jantung yang dikesan adalah berkaitan dengan Vaksin Pfizer, 36% adalah berkaitan dengan Sinovac manakala 8% lagi adalah membabitkan AstraZaneca.

Menurut beliau lagi, terdapat sekurang-kurangnya 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis dikesan dalam tempoh 3 minggu setelah menerima vaksinasi COVID-19.

Pengesahan dari Ketua Pengarah Kesihatan ini sendiri secara tidak langsung menguatkan lagi kebimbangan sebahagian rakyat Malaysia terhadap vaksin terutamanya yang menggunakan teknologi ‘Messenger Asid Ribonukleik‘ (mRNA).