04 June 2022

Tip makanan terbaik untuk penjagaan jantung dan tanda / simtom sebelum serangan sakit jantung

Kematian disebabkan serangan jantung semakin tinggi di usia muda disebabkan beberapa faktor termasuk stres akibatkan tekanan kerja, pendapatan, masalah di tempat kerja dan peribadi.

Dr. Yazeed menjelaskan stres akan mengakibatkan peningkatan hormon dipanggil cortisol dan adrenalin sekaligus meningkatkan risiko darah beku yang boleh tersumbat pada salur darah utama.

Tidak terhenti disitu, tambahnya lagi, faktor pemakanan termasuk makanan segera yang tidak diketahui kaedah penyediaannya terutama jika ia mengandungi kadar kolestrol tinggi juga memainkan peranan.

"Antara faktor menyumbang kepada kerosakan jantung adalah pengambilan kolestrol tinggi. Lihatlah di sekelilingi kita, ayam goreng, burger, bubble tea, pisang goreng cheese, nasi kandar ia semuanya makanan berminyak dan berkolestrol tinggi.

Makanan terbaik untuk penjagaan jantung : 
  • Tiada minyak
  • Tiada garam
  • Rendah karbohidrat
  • Tiada lemak
  • Protein dimasak secara rebusan adalah yang terbaik.

Tanda / Simtom sebelum serangan sakit jantung :

  • Lidah atau gusi bengkak - Sekiranya lidah atau gusi membengkak dan berasa sakit, ada kemungkinan ia tanda-tanda jantung seseorang mempunyai masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  • Kebas tangan kiri - Jika sakit berpanjangan pada tangan kiri (bagi perempuan pada kedua-dua belah tangan), ada kemungkinan seseorang akan diserang penyakit jantung dalam masa terdekat.
  • Lidah terasa tegang dan pendek
  • Rasa seronok, teruja atau bimbang secara tiba-tiba tanpa sebab
  • Rasa sakit pada dada (ulu hati bahagian kiri) seperti dada dihempap oleh benda berat.
  • Daripada sakit dada, kesakitan itu mula merebak ke bahagian tangan, tengkuk, belakang badan, abdomen dan rahang.
  • Rasa tidak selesa pada bahagian dada seperti dipam angin atau rasa pedih.
  • Mengalami batuk secara tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa kehadiran kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  • Sakit kepala, kerap kehilangan keseimbangan badan serta mengalami keletihan.
  • Rasa loya dan hilang selera makan.
  • Degupan jantung tidak menentu dan nafas terasa pendek.
  • Kerap berpeluh meskipun sedang bersantai.
  • Mengalami bengkak pada bahagian sendi di kaki atau abdomen
  • Ketika serangan jantung akan berlaku, pesakit biasanya akan berasa letih dan tidak bermaya.

Sumber : mStar
 
 الله أعلم

No comments:

Post a Comment