15 October 2021

Proses ditidurkan pengaruhi hidup atau mati pesakit


 
Proses ditidurkan sudah dilakukan sebelum adanya wabak Covid-19 lagi.

"Maksud ditidurkan adalah satu keadaan apabila anda memerlukan oksigen yang sangat kuat. Terdapat dua komponen dalam proses ditidurkan iaitu 'sedation' yakni anda diberikan bius dan 'intubation', dimana tiub dimasukkan kedalam paru-paru."

"Apabila bercakap tentang 'intubation' ia terkait antara hidup dan mati. Apabila anda 'intubated' bermakna anda perlu 'ditidurkan' dengan 'sedition'. Ini dilakukan untuk mengelak badan berasa sakit. Proses memasukkan tiub kedalam tekak itu sangat menyakitkan dan anda tidak mungkin mampu menanggungnya jika dibiarkan dalam keadaan segar."

"Paras normal oksigen seseorang metilah pada tahap 95% keatas. Dalam keadaan susah bernafas, ia menurun ke paras bawah 95% dan waktu inilah anda memerlukan oksigen tambahan untuk membantu anda bernafas dengan baik tanpa tercungap-cungap.

Doktor akan cuba menambahkan oksigen mengikut beberapa peringkat dan proses dan akhir sekali setelah cubaan memberikan bantuan oksigen 100% pun tidak membantu, maka mereka tida pilihan selain menidurkan anda.

"Sebenarnya ia bukan pilihan tetapi keputusan yang perlu dibuat antara hidup dan mati kerana waktu itu nyawa sudah berada di anak tekak sahaja."

"Ada dua kemungkinan untuk seseorang pesakit selepas ditidurkan, sama ada akan kembali bangun dan sembuh atau tidak dapat diselamatkan lagi."


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment