17 September 2021

Apa yang anda perlu lakukan jika anak diserang sawan

Tidak ada siapapun yang tahu punca sebenar sawan. Bagaimanapun, beberapa kajian yang dijalankan membuktikan bahawa sawan ini (boleh) berlaku akibat jangkitan virus.
 Sawan selalunya akan berlaku selama kurang daripada 5 minit. 

Anak anda akan:
  • Menjadi keras serta lengan dan kaki mereka akan bergerak tanpa kawalan.
  • Tidak sedarkan diri dan mungkin terkencing atau terberak dalam seluar.
Jika anak anda diserang sawan, lakukan ini :
  • Anda mesti bertenang:
  • Letakkan anak di atas lantai.
  • Alihkan objek yang menghalang.
  • Pastikan anak dalam keadaan mengiring untuk elakkan tercekik.
  • Periksa sama ada anak bernafas dengan betul.
  • Catatkan masa anak terkena serangan sawan.
Jika sawan tersebut berlaku lebih daripada 5 minit dan muka anak anda bertukar menjadi kebiru-biruan, sawan tersebut adalah serangan yang serius. Panggil ambulans secepat mungkin. (Sumber - hellodoktor.com)

Pada masa yang sama, anda mesti berusaha untuk pastikan sama ada serangan sawan tersebut mempunyai elemen mistik ataupun tidak.

Ini dapat anda lakukan dengan memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran kepada anak anda - sama ada dengan memainkan surah dalam telefon anda ataupun anda sendiri membaca ayat al-Quran.

Jika anda masih ragu dengan keputusan pemerhatian anda setelah anda melakukan perkara diatas, anda hendaklah memanggil perawat alternatif mistik seperti ruqyah untuk memeriksa anak anda.

Jika benar bahawa serangan sawan anak anda ada elemen mistik, anda mesti berusaha untuk mendapatkan pendinding untuk anak anda. 

Anda boleh lakukan sendiri iaitu dengan membaca alFatihah dan 3 Qul; tiup ditapak tangan; dan sapu diseluruh anggota badan (termasuk kepala dan kaki) anak anda.

Atau anda dapatkan khidmat perawat ruqyah.

Anda perlu ingat - jika gangguan mistik / elemen mistik gagal dihalang ataupun tidak diatasi, maka kemungkinan besar anak anda akan cacat.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment