22 May 2020

'Cuci badan' seawal yang mungkin dan bukannya bila dah nazak


Masyarakat Muslim patut digalakkan untuk 'membersihkan' badan seawal yang mungkin dan bukannya menunggu disaat akhir untuk berbuat demikian.

Ada banyak kebaikkan sekiranya pembersihan dilakukan diperingkat awal.

Kehidupan yang bebas daripada kongkongan makhluk ghaib lebih 'sejuk' dan 'aman'.

Pada masa yang sama, ia boleh mengelakkan timbulnya masalah yang dicetuskan oleh makhluk ghaib yang menjadi pendamping / saka. (Rujuk Disihir bomoh atau jin?)

Jika pembersihan tidak dilakukan diperingkat awal, dikhuatiri ia akan mendatangkan aib kepada ahli keluarga ketika sedang nazak.

Pembersihan badan ini boleh dilakukan oleh ramai pengamal rukyah.

Anda hanya perlu hubungi mereka dan minta perkhidmatan untuk 'membersih' tubuh anda.

Jangan tunggu sehingga disaat akhir kerana mungkin ia sudah terlambat.

Semoga memberi manfaat. آمین

اَللّٰهُ أَعْلَم 
 
   

No comments:

Post a Comment