24 July 2020

Anda pasti masalah kesihatan anda disebabkan faktor sains?

Andaikan anda sakit jantung.

Anda yakin sakit jantung anda disebabkan faktor sains?

Berapa peratus keyakinan anda - 100%?

Bagaimana anda boleh yakin 100% sedangkan alam manusia bukan satu-satunya 'realiti' di alam fana ini.

Anda tahukan bahawa Nabi Muhamad saw bukan hanya rasul untuk manusia tetapi juga untuk jin.

Mungkin anda juga sedia maklum bahawa terdapat banyak kes-kes kesihatan yang hanya berjaya disembuhkan dengan rawatan mistik.

Maka, kembali semula kepada pertanyaan diatas - berapa peratus keyakinan anda bahawa sakit jantung anda disebabkan faktor sains?

Bukan maksud saya untuk menidakkan atau meremehkan sains.

Tetapi perkara yang hendak saya tekankan disini ialah - sukar untuk sains selesaikan masalah kesihatan sekiranya ia berpunca dari mistik.

Punca sakit patut ditangani berdasarkan dari alam mana ia berasal.

Hanya selepas punca dapat ditangani dengan jayanya, sakit dapat disembuhkan.

اَللّٰهُ أَعْلَم
t.me/KedakTok
   

No comments:

Post a Comment