10 July 2020

Peringatan kepada Pesakit : 'Berukyah bukan sekali tetapi sekerap yang mungkin!'

 
Saya sering menggesa pesakit saya mendapatkan rawatan rukyah untuk membantu mereka sembuh.

Ini disebabkan ada kalanya penyakit berunsur sains bercampur dengan mistik.

Untuk menyembuhkan penyakit dalan kategori ini memerlukana pendekatan sains dan mistik (iaitu rukyah).

Hanya selepas elemen mistik dibuang, barulah penyakit dapat sembuh.

إن شاء الله

Bagaimanapun saya sering menemui pesakit yang memandang remeh gesaan saya agar berukyah sekerap yang mungkin,

Saya sering menggunakan kes pesakit strok di sebuah kampung sebagai contoh mengapa perlu mendapatkan perkhidmatan rukyah sekerap yang mungkin.

Kaki kirinya hanya dapat digerak ketika dirawat saya.

Dia dapat merasakan sesuatu keluar dari anggota kaki kirinya.

Tetapi beberapa hari kemudian, kaki kirinya tidak lagi berupaya digerak.

Hal ini berlaku beberapa kali.

Saya memberitahu pesakit strok dan suaminya, sukar untuk kaki kiri sembuh sekiranya tiada usaha untuk merukyah kerana 'sesuatu' yang berada didalam badan akan kembali semula selepas dikeluarkan.

Walaupun saya ada kemahiran untuk menangani masalah gangguan jin, saya cenderung untuk meminta pesakit agar mendapatkan perkhidmatan rukyah dari pihak yang mahir dan terlatih dalam bidang rawatan rukyah.

Kerana saya percaya mereka lebih hebat daripada saya dalam aspek mistik.

Tambahan pula, saya hanya berminat untuk menangani penyakit berunsurkan sains dan bukannya mistik.
 
Tetapi saya ingin ingatkan disini ialah - berukyah bukan sekali tetapi sekerap yang mungkin.

Kerana objektif utama berukyah ialah untuk menangani elemen mistik yang berada dalam badan; dan ia mesti dilakukan sekerap yang mungkin untuk mengurangkan pengaruh elemen mistik keatas proses penyembuhan.

Semoga memberi manfaat. آمین

اَللّٰهُ أَعْلَم
   
     

No comments:

Post a Comment