16 August 2024

#Soalan : Saya sudah berukyah tapi saya masih lagi panas baran yang agak melampau. Ada kalanya saya agak keterlaluan memukul anak disebabkan emosi marah yang agak memuncak. Selain itu, saya sering bermimpi yang pelek-pelek. Apa yang saya perlu buat untuk mengurangkan rasa marah saya?


Saya lebih cenderung untuk melihat tabiat marah yang melampau dari perspektif mistik.

Secara amnya individu-individu yang ada masalah marah atau emosi melampau biasanya mempunyai pendamping.

Perkara utama yang perlu dilakukan ialah (sekiranya benar ada pendamping) ialah dengan 'memutuskan' hubungan mistik dengan pendamping.

Langkah seterusnya ialah dengan mengamalkan ayat 8, Surah at-Tahrim

Setelah membuat dua perkara diatas, insyallah emosi marah akan lebih mudah ditangani.

Bagaimanapun, kemahiran untuk meredakan kemarahan masih diperlukan.

Petua untuk meredakan kemarahan :
  • Zikirkan ayat 8, Surah at-Tahrim
  • Baring 
  • Teknik Pernafasan
  • Berhenti Sebentar dan Renungkan
    • Jauhkan diri dari situasi / lokasi yang mencetuskan kemarahan, jika boleh. 
    • Rehat seketika boleh membantu bertenang dan mendekati perkara dengan lebih rasional.
  • Alihkan Perhatian
    • Lakukan sesuatu yang menggembirakan anda atau memerlukan fokus—seperti mendengar muzik, melukis, atau menyelesaikan teka-teki. 
    • Ini boleh mengubah mood.

Semoga anda mendapat manfaat. آمین

والله أعلم
  

No comments:

Post a Comment