Pada pandangan saya, pengrukyahan bukan hanya terhad kepada pesakit kronik tetapi juga pesakit bukan kronik.
Tujuan pengrukyahan ialah untuk mengatasi gangguan jin yang berusaha untuk menggagalkan proses penyembuhan.
Ada kalanya proses penyembuhan yang gagal bukan disebabkan sistem badan sudah gagal berfungsi dengan baik.
Ada pesakit kanser yang kesakitan yang teramat sangat tetapi selepas dirukyah sakit hilang; dan dia kemudiannya berupaya untuk bangun dari katil.
Ada juga pesakit kecing manis yang menghadapi masalah luka di ibu jari yang agak serius - kulit hitam, kaki kembang, sakit berdenyut-denyut.
Tetapi selepas dirukyat, kulit ibu jari kembali putih, hilang kembang dan sakit yang berdenyut-denyut hilang.
Dalam kedua-dua kes diatas, pesakit mendakwa ada sesuatu keluar dari anggota badan / kaki mereka; dan beberapa saat kemudian, masalah / sakit hilang.
Jika kesakitan yang dialami adalah sains, pesakit tidak akan merasa sesuatu keluar; dan kemudiannya masalah / kesakitan yang dialami hilang dengan kadar yang agak cepat.
Ada banyak lagi kes-kes yang serupa yang pernah saya tangani.
Atas sebab itu, saya sering menyarankan agar pesakit sentiasa dirukyah untuk mengatasi masalah gangguan makhluk halus.
Secara jujur, sehingga kini, saya gagal memahami mengapa makhluk halus ghairah untuk menggangu proses penyembuhan.
Atau ia adalah serangan saka?
Wallahua'lam.
- Untuk membuat air rukyah (minum & mandi) ---> KedakTok
- Untuk merukyah pesakit ---> KedakTok
- Jika pesakit tidak berupaya untuk merukyah diri sendiri, ahli keluarga boleh melakukannya
Wallahua'lam.
Artikel berkaitan :
No comments:
Post a Comment