19 January 2024

#Soalan : Setiap kali saya sakit, saya akan merasa huyung-hayang (lightheadedness). Mengapa ia terjadi?


Masalah huyung hayang ini boleh terjadi atas sebab sains atau mistik.

Untuk memastikan ia dapat ditangani dengan baik, anda perlu pastikan sifat masalah huyung-hayang - sains atau mistik.

Dari perspektif sains, diantara punca kepada masalah ini ialah :

  • Dehidrasi
  • Kurang tekanan darah
  • Jangkitan virus ditelinga
  • Anaemia
  • Kurang gula (Hypoglycaemia)
  • Penyakit Jantung
  • Strok



Manakala dari perspektif mistik pula, ia bermaksud kehadiran elemen mistik dalam badan.

Secara amnya, penyakit [sains(?) dan/atau mistik(?)] sukar untuk sembuh jika masalah huyung-hayang tidak diatasi.

Anda dinasihatkan untuk memberi keutamaan kepada rawatan sains apabila anda ada masalah huyung-hayang.

Bagaimanapun, jika masalah huyung-hayang masih ada setelah berjumpa doktor, anda boleh mendapatkan rawatan rukyah (alternatif).

Perlu diingatkan disini bahawa rawatan alternatif bukan pengganti kepada rawatan sains. 

Rawatan alternatif hanya membantu agar rawatan sains menjadi lebih efektif.

Wallahua'lam.
  

No comments:

Post a Comment