27 November 2020

20 November 2020

Makanan beralkali, berasid biar seimbang

Pakar pemakanan, Dr Ragnar Berg dari Amerika Syarikat mengesyorkan individu perlu mengambil makanan beralkali sebanyak 80 peratus dan selebihnya 20 peratus makanan berasid untuk penjagaan kesihatan sepenuhnya.

Bagi mereka yang mengekalkan diet seperti ini, badan menjadi lebih bertenaga dan peluang untuk mengekalkan keseimbangan nilai pH alkali dalam badan sangat tinggi.

Ada beberapa jenis makanan beralkali tinggi yang patut diambil setiap hari untuk hidup lebih sihat dan bertenaga. Namun jika anda mengambil makanan bersifat asid dengan banyak, anda juga harus memilih makanan bersifat alkali dengan kadar yang tinggi supaya diet anda kelihatan lebih semula jadi.

13 November 2020

Kesederhanaan Jalan ke Syurga

 “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (Al- Furqan: 67)

Kesederhanaan adalah budaya yang telah diterapkan oleh Rasulullah SAW. 

Budaya sederhana yang dianjurkan Islam cukup indah dan mendaulatkan prinsip keadilan serta kemanusiaan kepada setiap insan dalam membina generasi Islam yang begitu mantap dan berkualiti.

Menurut para ulama, kesederhanaan bukan bererti pertengahan semata-mata tetapi merupakan suatu kebaikan dan kelebihan kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya. 

06 November 2020

Sakit buah pinggang : Punca dan tip penjagaan

Puncanya adalah penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis. 

Buah pinggang adalah organ penapis darah kita. 

Selepas makanan dicernakan dan diproses untuk kegunaan badan, akan terhasil bahan kumuh yang perlu dikeluarkan. 

Bahan kumuh yang tidak diperlukan tersebut seperti urea akan dibuang melalui buah pinggang.

Jika penapisan baik, segala bahan kotor itu akan dikeluarkan tanpa berbaki.