19 June 2020

Panduan untuk penjaga pesakit strok / kronik


Bukan mudah untuk menjadi penjaga pesakit strok / kronik.

Bukan sahaja kehidupan pesakit kronik berubah 360 darjah, tetapi kehidupan ahli keluarga terdekat, terutamanya penjaga, turut berubah dengan drastik.

Lebih-lebih lagi apabila pesakit strok / kronik memerlukan penjagaan 24 jam.

Sejak saya memberi tumpuan kepada pesakit strok beberapa tahun yang lepas, saya telah menemui pelbagai karenah penjaga.

Saya sering memberi kata-kata semangat kepada penjaga kerana saya tahu jika penjaga tidak mempunyai tahap motivasi yang tinggi, ia akan mempengaruhi proses penyembuhan pesakit strok.


Panduan untuk penjaga*

Berikut beberapa panduan kepada pasangan sebagai penjaga pesakit strok / kronik dalam usaha mengurangkan beban dan mempunyai masa yang lebih berkualiti untuk diri sendiri:

1. Cari jalan supaya anda dapat mengurangkan tekanan perasaan seperti bercakap mengenai masalah anda kepada orang yang boleh dipercayai atau mencari waktu untuk bersendirian daripada memikirkan soal penyakit. Kadangkala berdiam diri dan bersendiri boleh melegakan perasaan. Anda digalakkan untuk melakukan ini  dan ini.

2. Cari masa untuk diri anda berasa selesa setiap hari. Contohnya setiap hari, luangkan masa untuk membuat pekerjaan ataupun aktiviti lain yang disukai walaupun kecil. Aktiviti ini mungkin senaman ringan, meditasi, relaks dan banyak lagi aktiviti yang boleh membuat anda berasa lega. Anda boleh melakukan senaman ini  dan ini.

3. Ikut serta kumpulan sokongan yang terdiri daripada mereka yang senasib dengan anda. Anda berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan bertanya soalan kepada ahli kumpulan sokongan ini.

4. Jika perasaan anda terlalu tertekan sehingga menjejaskan diri, tidak boleh tidur, terlalu risau dan gagal mengurus diri anda, jangan berlengah berjumpa kaunselor, pakar psikiatri ataupun ahli psikologi. Berjumpa ahli agama yang dapat menasihati anda dari sudut agama dan ketuhanan. Anda digalakkan untuk melakukan ini  dan ini.

5. Jika pesakit strok / kronik itu pasangan, inilah masanya anda cuba meningkatkan hubungan baik, kasih sayang dan keakraban. Anggaplah penyakit yang dihidapi oleh orang yang anda sayangi inilah sebenarnya sebab untuk anda menjadi lebih rapat dan lebih menyayanginya. Bersama-sama mengingati saat indah dalam kehidupan, saat bahagia sejak disatukan, dan bagaimana anda berdua saling bantu membantu dalam mengharungi cabaran lalu.

6. Mencari perkara positif yang diperoleh melalui tanggungjawab anda sebagai penjaga kepada seorang pesakit strok / kronik. Setiap hari perlu fikir perkara positif dan kebaikan yang anda peroleh.

7. Jangan biarkan diri anda dalam keadaan serius sepanjang masa. Ketawa dan berjenaka boleh mengurangkan tekanan.

8. Pemakanan yang baik juga dapat mengurangkan tekanan begitu juga melakukan senaman untuk melancarkan aliran darah sekali gus dapat meningkatkan kesihatan diri.

(*Artikel asal mengenai panduan untuk penjaga sebelum diedit boleh didapati disini.)


Semoga memberi manfaat. آمین

اَللّٰهُ أَعْلَم
 
t.me/KedakTok
  

No comments:

Post a Comment