28 June 2024

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون


اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Ya Allah! Ampunilah almarhumah, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya. أمين

Saya agak terkejut dengan berita kematiannya kerana saya tidak menjangka Allahyarhamah akan pergi diusia muda.

Mungkin Allahyarhamah sedang menderita penyakit misteri tetapi saya tidak menjangka Allahyarhamah 'kalah' dalam perjuangan kerana ketika saya merawatnya, Allahyarhamah kelihatan amat gagah sekali.

Mungkin juga penyakit misteri Allahyarhamah semakin melarat - wallahua'lam.

Saya hanya merawat Allahyarhamah sebanyak dua kali - 15 Mei 2024 dan 22 Mei 2024.

Kali pertama dirawat, Allahyarhamah mendakwa penyakit misteri sembuh.

Allahyarhamah juga mendakwa majikannya telah membawanya berjumpa beberapa orang doktor - dan keputusannya tetap sama, ialah tidak sembuh.

Bagaimanapun saya ada memberitahu Allahyarhamah, sama ada penyakit misteri kembali datang atau tidak, saya tidak mengetahui.

Ketika saya menjenguk dikedai dimana Allahyarhamah bekerja, saya dapati penyakit misterinya kembali.

Selepas dirawat, penyakit misteri Allahyarhamah sembuh.

Tetapi apabila Allahyarhamah masuk semula kedalam kedai, penyakit misterinya kembali.

Saya memberitahu Allahyarhamah untuk memberitahu majikannya agar mengambil perkhidmatan rukyah untuk membersihkan kedai majikannya.

Sama ada Allahyarhamah ada memberitahu majikannya - wallahua'lam.

Dan malam ini saya menerima mesej Whatsapp dari majikannya yang sedang berada di Taiwan bahawa Allahyarhamah telah meninggal dunia.

Mayat Allahyarhamah dihantar ke Pontianak untuk dikebumikan kerana ahli keluarganya tidak mahu dia dikebumikan di Sarawak.
  

No comments:

Post a Comment