09 July 2024

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون


اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَن
Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya
Aameen.

Saya diperkenalkan kepada Allahyarham Wayne @ Sharkawi Kadri oleh bekas rakan sepejabatnya di AZAM.

Ketika itu, Allahyarham sudah menderita penyakit strok sekitar 10 tahun.

Kalau ingatan saya tidak salah, kami berjumpa dirumah ibunya kira-kira tujuh tahun lepas iaitu pada tahun 2017.

Allahyarham merupakan inspirasi saya untuk membantu pesakit strok.

Diantara usaha yang saya dan rakan-rakan saya lakukan ialah dengan menganjurkan bengkel penjagaan mangsa strok dan warga emas di tahun 2018 dan 2019.

Mungkin tidak kurang dari 50 orang (termasuk tukang urut) telah mendapat manfaat daripada usaha saya dan rakan-rakan saya.

Bagaimanapun selepas era wabak Covid-19, saya tidak lagi menganjurkan bengkel - mungkin disebabkan masih takut dengan bahana Covid-19.

Saya juga mendapat cadangan-cadangan untuk membantu individu yang memerlukan bantuan, termasuk pesakit strok, daripada Allahyarham.

Saya selalu bercerita tentang kekaguman saya terhadap Allahyarham - ketika bengkel dan juga apabila berjumpa pesakit strok.

Saya kagum dengan kesabaran Allahyarham.

Ketika merawat Allahyarham, saya telah melihat 'keajaiban' oleh ALLAH swt apabila saraf yang dah 'rosak teruk' kembali sembuh - Allahyarham gembira apabila dia dapat merasa semula kewujudan kaki kirinya, dan dapat menggerakkan kaki kirinya.

Alhamdulillah. Allahuakbar!!!

Atas sebab itu, saya sering bercakap dengan penuh keyakinan dihadapan pesakit strok - bahawa penyakit strok boleh ditangani dengan baik sekiranya dirawat dengan baik.

Allahyarham sering memaklumkan kepada saya tentang perkembangannya.

Allahyarham biasanya akan menghantar mesej kepada saya selepas Allahyarham keluar hospital - untuk memaklumkan situasi kesihatannya terkini.

Bagaimanapun, kali ini Allahyarham tidak berkesempatan untuk memaklumkan keadaannya kerana Allahyarham meninggal dunia  di hari kedua (hari ini) ketika berada di Sarawak General Hospital.

Berdasarkan maklumat yang saya terima, Allahyarham mengalami pendarahan otak, dan dalam keadaan tidak sedar (koma).

Semoga ALLAH swt ampunkan dosa-dosanya dan masukkannya kedalam Syurga Firdaus. Aameen.
   
p/s Mungkin saya perlu anjurkan semula bengkel penjagaan mangsa strok dan warga tua. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment