25 August 2024

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون


اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَن
Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya
Aameen.

Saya menerima berita pemergian Allahyarham daripada makcik saya.

Disebabkan makcik saya bukan sekampung dengan Allahyarham, saya menerima berita pemergian dengan rasa tidak percaya kesahihan berita tersebut.

Dengan rasa cemas, saya mencari nombor telefon abang Allahyarham.

Malangnya nombor tersebut tidak dapat dihubungi.

Saya kemudiannya menghubungi sepupu-sepupu Allahyarham.

Bila mesej-mesej saya lambat dibalas, saya membuat panggilan telefon.

Saya sedih apabila berita pemergian Allahyarham adalah benar.

Sebaik sahaja tamat penggilan telefon, saya merasa sebak.

Saya tak menyangka sama sekali bahawa Allahyarham akan pergi untuk selama-lamanya.

Saya merasa terkilan kerana saya tidak mengetahui keadaan Allahyarham yang dikatakan jatuh sakit kira-kira dua bulan sebelum meninggal dunia.

Hubungan saya dan Allahyarham tidak akrab tetapi mesra.

Jika kami terserempak di pekan, biasanya kami akan singgah ke kedai kopi, dan berbual.

Biasanya perbualan kami agak panjang kerana banyak perkara dibualkan.

No comments:

Post a Comment