21 June 2024

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون


اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَن
Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya

Kami tidak mengenali antara satu sama lain sehinggalah saya diketemukan ALLAH swt dengan ayah Allahyarham di Madinah pada tahun 2013.

Kami berada dalam kumpulan umrah yang sama.

Ayah Allahyarham, Haji Beli, ditemani cucunya mengerjkan umrah.

Saya hanya mengetahui ibu Allahyarham ada pertalian darah dengan saya apabila ahli keluarga Allahyarham yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menyambut ketibaan ayah mereka, memberitahu saya bahawa mereka ada pertalian darah dengan pemilik syarikat yang menguruskan umrah kami.

Kebetulan pemilik syarikat tersebut adalah ahli keluarga saya, dari sebelah ayah saya.

Alhamdulillah. Sehingga kini saya masih berhubung dengan ahli keluarga Allahyarham, terutamanya dua adik lelaki Allahyarham.

Kebetulan Allahyarham mengenali datuk saya, Lebai Wi Hj Kundang.

Bahkan Allahyarham mendakwa dia sering 'terserempak' dengan datuk saya di stesen teksi lama di Kuching.

Mungkin Allahyarham pernah melihat saya bersama datuk saya kerana kadang-kadang saya mengikuti datuk saya ke pasar sama ada untuk bersholat Jumaat di Masjid Negeri Sarawak (kini masjid bahagian Kuching), atau bersiar-siar.

Ketika itu saya masih belajar di sekolah rendah.

Ada dua lokasi yang datuk saya bawa saya apabila saya mengikutinya - kedai kopi di depan stesen bus (lama) atau di kedai kopi di stesen teksi (lama).

Ketika saya bekerja di pejabat berdepan dengan Sarjana Multi-Storey Carpark, saya sering melepak di kedai kopi di depan stesen bus (lama).

Bukan disebabkan saya selesa dikedai tersebut tetapi disebabkan ia ada memori saya dan datuk saya.

Kadang-kadang saya memesan air Horlick (suam/ais?) kerana dikedai tersebut, untuk kali pertama, saya minum air Horlick ketika bersama datuk saya.

Dalam erti kata lain, saya melihat Allahyarham sebagai 'special' kerana beliau mengingatkan saya tentang datuk saya.

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment