11 June 2024

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون


اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Ya Allah! Ampunilah almarhumah, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya. أمين
 
"Bukan nenek tok yang kita jumpa ari ya?" anak saya bertanya.

"Ya," kata saya.

Saya, isteri dan anak bungsu saya ada bersama dengan Allahyarhamah pada 01/05/2024.

Kami bersama Allahyarhamah menjamu selera di rumah anaknya. 

Ketika itu Allahyarhamah sempat bergurau dengan berkata dia lebih 'cergas' berbanding dengan menantunya yang kurang 'cergas', walaupun dia lebih tua.

Kira-kira seminggu sebelum Allahyarhamah meninggal dunia, saya dimaklumkan bahawa Allahyarhamah tidak lagi berupaya untuk bangun dan berjalan selepas dia terjatuh dirumahnya.

Saya menjenguk Allahyarhamah dirumah anaknya pada 07/06/2024.

Empat hari kemudian, Allahyarhamah meninggal dunia.
   

No comments:

Post a Comment