20 February 2024

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون


اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَن
Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya. أمين

Keanehan yang dirasakan ketika mendoakan kesejahteraan ahli keluarga yang sedang sakit, akhirnya terjawab kira-kira pada jam 0830pm malam tadi.

Allahyarham Haji Kombol bin Suntong dikhabarkan meninggal dunia pada jam 0630pm. 

Sekitar jam itu, saya sedang mendoakan kesejahteraan untuk ahli keluarga yang sakit selepas membaca alQuran. 

Ketika berdoa, saya merasa pelek kerana seolah-olah saya terlupa untuk mendoakan seseorang.

Selepas berdoa, saya cuba mengingati ahli-ahli keluarga yang kurang sihat yang saya mungkin terlupa untuk mendoakannya - namun saya gagal untuk mengetahui identiti 'seseorang' yang saya tidak mendoakan kesejahteraan untuknya.

Kehairanan akhirnya terjawab apabila membaca mesej berita pemergian Allahyarham dalam kumpulan Whatsapp keluarga.

Saya ada menziarahi Allahyarham - sehari sebelum Allahyarham Haji Uni meninggal dunia.

Alhamdulillah.

Semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosanya, rahmatinya dan lapangkan kuburnya. أمين

p/s Gambar diatas diambil ketika menziarahi Allahyarham di rumahnya di Kampung Asajaya Laut diwaktu Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2017.

No comments:

Post a Comment