05 February 2024

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون



اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya. أمين 
 
Pertemuan pertama saya dan Allahyarham Haji Uni bin Mud ialah ketika perasmian sebuah surau di Kampung Tambirat.

Saya diberitahu keluarga Allahyarham telah mewaqafkan tanah untuk mendirikan surau baru memandangkan surau lama tidak dapat digunakan lagi.

Dikatakan hakisan sungai mengakibatkan surau lama roboh dan masuk kedalam sungai. Wallahua'lam.

Selepas itu, dari semasa ke semasa, saya ada menemui Allahyarham di surau ketika saya singgah untuk sholat.

Dan apabila saya tidak melihat kelibat Allahyarham di surau ketika beberapa kali singgah di surau tersebut, saya bertanya dengan ahli jemaah mengapa Allahyarham tidak kelihatan.

Saya diberitahu Allahyarham kurang sihat.

Beberapa bulan kemudian, saya tidak menyangka bahawa saya akan bertemu dengan Allahyarham lagi.

Saya menziarahi seorang kanak-kanak yang ada masalah kesihatan disebabkan strok.

Saya terkejut kerana kanak-kanak tersebut adalah cucu Allahyarham.

Sejak dari itu perhubungan kami semakin akrab. 

Saya ada bertanya Allahyarham sama ada kenal dengan datuk atau moyang saya.

Apabila Allahyarham berkata dia mempunyai hubungan keluarga dengan datuk saya, saya membawa ayah dan ibu saya untuk berjumpa Allahyarham.

Alhamdulillah. Berdasarkan perbualan mereka, memang kami ada ikatan kekeluargaan - walaupun jauh. 

Kami ada menziarahi Allahyarham ketika Hari Raya Aidilfitri.

Kali terakhir saya menziarahi Allahyarham ialah pada bulan November 2022, bersama ayah saya.


Saya menerima berita pemergian Allahyarham daripada ibu saudara saya yang dulu bersekolah bersama dengan anak Allahyarham.

Semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosanya, rahmatinya dan lapangkan kuburnya. أمين

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment