21 February 2024

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون



Saya tidak pernah berkomunikasi dengan Allahyarham.

Tetapi saya percaya, Allahyarham mengenali saya - berdasarkan beberapa insiden yang berlaku didalam kehidupan saya.

Kali terakhir kami bersua muka ialah pada tahun 2016.

Ketika itu, Allahyarham mengunjungi sebuah masjid / surau di Kampung Asajaya(?).

Saya masih ingat Allahyarham memberi ucapan mengenai konsep Bumiputera Baru.

Malangnya konsep ini tidak mendapat liputan di akhbar tempatan - mungkin disebabkan tiada kehadiran wartawan.

Selepas selesai majlis di surau, Allahyarham menaiki kereta menuju ke Kompleks Sukan Asajaya - sebuah helikopter menunggu Allahyarham.

Saya mengekori kereta yang dinaiki oleh Allahyarham dan ADUN Asajaya, dengan menggunakan motosikal.

Hanya saya dan ADUN Asajaya mengiringi Allahyarham ketika itu - dari lokasi majlis sehingga ke lokasi helikopter.

Saya sempat mengambil gambar Allahyarham ketika Allahyarham sedang berjalan, diiringi ADUN Asajaya, ke helikopter.

Sebelum saya mengenali Allahyarham secara dekat, saya tidak menyukai Allahyarham.

Tetapi apabila saya mengenali Allahyarham lebih mendalam, saya merasa kagum dengan kebijaksanaan dan keperibadian Allahyarham.

Tidak dinafikan, akan ada 'mangsa' hasil dari proses kebijaksanaan Allahyarham, tetapi ini tidak menafikan hakikat wujudnya kebijaksanaan dalam diri Allahyarham.

Bahkan masyarakat Islam sepatutnya merasa terhutang budi dengan sumbangan Allahyarham kepada penyebaran dan pembangunan Islam di Sarawak.

Bahkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri dikatakan menghargai peranan Allahyarham dalam hal berkaitan dengan Islam di Sarawak.

Hal ini dinyatakan oleh seorang rakan yang pernah bekerja dalam industri kewartawanan yang rapat dengan jemaah PAS Sarawak.

Dia berkata dia terkejut apabila Abdul Hadi dan jemaah PAS Sarawak mengerjakan sholat hajat meminta ALLAH swt mengurniakan kesihatan yang baik untuk Allahyarham.

Rakan saya turut sama sholat hajat bersama dengan Abdul Hadi dan jemaah PAS Sarawak.

Ketika itu Allahyarham, masih menjawat jawatan Ketua Menteri, dikhabarkan mengidap sakit yang agak serius.

Ada banyak laki kisah-kisah lucu / panas membabitkan saya dan rakan-rakan saya yang berkisar pada hal-hal yang berkaitan dengan Allahyarham.

Tapi ia tidak sesuai untuk dinyatakan disini.

Semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosanya, rahmatinya dan lapangkan kuburnya. أمين 


p/s Rakan saya yang rapat dengan jemaah PAS Sarawak telah meninggal dunia beberapa tahun sebelum berlakunya wabak Covid-19.

No comments:

Post a Comment