26 August 2022
Kicap Soya Tidak Sesuai Untuk Kanak-Kanak
“Soya yang diperam sebenarnya bagus, ada kandungan probiotik. Tapi, bila dah letak gula dan garam yang banyak, ada lagi MSG, ini yang tak okay untuk anak kecil kita.”
KUALA LUMPUR – Seorang pengamal perubatan, Dr. Mazliana Mazlan menjelaskan bahawa kicap bukanlah makanan untuk anak kecil kerana ia tidak sesuai apatah lagi bagi yang berumur bawah 2 tahun.
“Soya yang diperam sebenarnya bagus, ada kandungan probiotik. Tapi, bila dah letak gula dan garam yang banyak, ada lagi MSG, ini yang tak okay untuk anak kecil kita.”
Tanpa kita sedar, kicap adalah makanan yang mempunyai gula, garam dan MSG yang tinggi sekali gus tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak, jelas beliau lagi di laman sosial, Instagram.
16 August 2022
Maut disambar petir didalam bilik ketika guna telefon bimbit
GUA MUSANG (15/08/2022) - Seorang murid perempuan maut selepas dipercayai disambar petir ketika sedang bercakap menggunakan telefon bimbit dengan rakannya di Kampung Baru Sungai Raya Luar di Gua Musang, Kelantan pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Asyqin Qistina M Nor Zawawi, 12, yang merupakan murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis, ditemui terbaring di atas tilam bilik tidurnya dengan kesan terbakar di bahagian lengan.
Menurut bapa mangsa, M Nor Zawawi Awang, ketika kejadian, dia baharu selesai solat Asar di surau hadapan rumahnya sebelum terdengar bunyi dentuman petir yang kuat.
05 August 2022
Cacar monyet dikaitkan dengan bengkak zakar, pendarahan dubur
SESETENGAH lelaki yang dijangkiti cacar monyet melaporkan mereka mengalami pendarahan dubur serta bengkak zakar.
Perkara itu didedahkan menerusi satu kajian terbaharu apabila penyakit itu menjangkiti mangsa pertamanya di Eropah.
Pada 29 Julai, Kementerian Kesihatan Sepanyol berkata seorang individu telah meninggal dunia akibat penyakit itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)