Pasti ada antara kita yang pernah mengalami situasi cemas apabila tiba-tiba terjaga dari tidur yang nyenyak namun tidak mampu membuka mata atau bergerak.
Keadaan itu turut disertai dengan rasa kebas dan kesemutan pada keseluruhan badan sehingga membuatkan seseorang berasa panik dan takut.
Tanda dan gejala sleep paralysis (antara lain) :
1. Ketidakmampuan untuk menggerakkan tubuh ketika tertidur atau bangun, berlaku selama beberapa saat atau beberapa minit
2. Tidak dapat bersuara ketika ia berlaku
3. Mengalami halusinasi yang menimbulkan rasa takut
4. Tekanan pada dada, kesukaran bernafas, berpeluh
5. Merasakan seolah-olah kematian menghampiri mereka
6. Sakit kepala dan otot
Penyebab sleep paralysis
Ketika tidur, tubuh berada dalam keadaan rileks dan otot-otot tidak bergerak. Sleep paralysis melibatkan gangguan atau fragmentasi dari kitaran tidur yang dikenali sebagai REM.
Dalam sleep pralysis, perubahan tubuh ke atau dari tidur tidak seiring dengan otak. Ia berlaku apabila seseorang itu sedar daripada tidur tetapi tubuhnya masih dalam keadaan tidur.
Otak yang mengesan ancaman itu juga berada dalam keadaan tinggi dan terlalu sensitif.
Faktor-faktor yang dikaitkan dengan sleep paralysis antara lain;
1. Narkolepsi
2. Pola tidur tidak teratur, misalnya kerana jet lag atau kerja syif
3. Tidur terlentang
4. Sejarah keluarga
Tip untuk elak kena tindih
* Amalkan ini dan beri perhatian kepada bahagian belakang kepala diatas pangkal tengkuk. Pastikan anda sapu bahagian ini sepenuhnya.
1. Pastikan bilik tidur bersih, menggunakan pakaian selesa ketika tidur
2. Mengurangkan paparan cahaya pada waktu malam
3. Tidak bekerja atau belajar dalam bilik
4. Elak tidur siang termasuk selepas waktu Asar
5. Tidak makan makanan berat dua jam sebelum tidur, elak pengambilan kafein
6. Jangan tidur dalam keadaan lampu atau televisyen menyala
7. Lakukan aktiviti menenangkan sebelum tidur seperti membaca atau mendengar muzik
8. Elak bermain telefon sebelum tidur
9. Elak tidur dalam keadaan terlentang
10. Jangan bersenam dua jam sebelum tidur
No comments:
Post a Comment