26 July 2020

Norma Baru Covid-19

   
Secara amnya, kita semua telah menerima hakikat tentang keterpaksaan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dalam keadaan serangan wabak Covid-19 yang seolah-olah tiada penghujung.

Walaupun belum ada vaksin untuk merawat sakit Covid-19, kelangsungan kehidupan mesti diteruskan jua!

Juadah perlu dihidangkan untuk mengisi perut-perut dirumah.

Dan bill-bill perlu dibayar untuk meneruskan keselesaan kehidupan.

Ramai pihak yang menekan pentingnya SOP untuk menghadapi wabak Covid-19.

Saya menyetujui penekanan ini.

Bagaimanapun, saya juga berusaha untuk memberi tahap pendedahan yang sewajarnya untuk membolehkan keluarga saya mempunyai anti-bodi Covid-19.

Saya merasakan perlu ada usaha secara sedar dan sistematik yang berisiko rendah untuk membantu masyarakat mendapatkan anti-bodi Covid-19 tanpa perlu jatuh sakit.

Saya sedia maklum bahawa pendekatan ini dinamakan pendekatan 'herd community'.

Saya merasakan pendekatan ini amat praktikal buat masa sekarang.

Kehadiran vaksin tak kunjung tiba - tetapi kelangsungan kehidupan mesti diteruskan 😔😔😔.

Rezeki mesti dicari. Ada perut-perut yang perlu diisi 😔😔😔.

Buat masa ini, saya mengurangkan tahap kawalan.

Kalau dulu anak-anak saya tidak boleh keluar rumah untuk mengunjungi kedai makan, sekarang saya bawa mereka.

Tapi saya perlu pastikan terlebih dahulu keadaan kedai tersebut - ia mesti berangin dan luas.

Saya percaya saya mesti lakukan sesuatu untuk bantu ahli keluarga saya mendapatkan anti-bodi Covid-19 dengan cara yang selamat.

InshaaALLAH.

Pada masa yang sama, tahap kesihatan mesti sentiasa diberi penekanan yang serius. Rujuk disini dan sini.

Mudah-mudahan ALLAH swt memberkati usaha saya dan melindungi semua ahli keluarga saya daripada ancaman wabak Covid-19. آمین

اَللّٰهُ أَعْلَم
  

No comments:

Post a Comment