27 July 2020

Bersediakah kita berdepan dengan gelombang kedua Covid-19 yang melanda secara tiba-tiba?

Sebenarnya kedatangan gelombang kedua memang sudah diduga apabila anggota-anggota masyarakat mula berinteraksi setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.


Ia berpunca daripada anggota masyarakat yang asimtomatik (ada jangkitan tetapi tidak ada gejala jangkitan) dan juga simtomatik (ada jangkitan dan ada gejala jangkitan).

Perlu diingatkan sebelum ini, hanya individu-individu yang berkenaan sahaja yang disaring.

Ramai diantara kita yang tidak disaring kerana kita dikategorikan sebagai 'tidak' pernah berkontek dengan pesakit Covid-19.

Ramai pihak berpendapat dengan hanya mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan berupaya membendung wabak Covid-19.

Memang betul pandangan ini tetapi ia kurang pragmatik.

Cuba anda amalkan jarak satu meter dan memakai pelitup muka dirumah.

Kerana sebaik-baiknya penggunaan SOP bukan terhad kepada diluar rumah tetapi juga didalam rumah!

Anda pasti anda atau ahli keluarga anda bukan asimtomatik?

Anda pasti ahli keluarga anda yang telah sembuh dari dijangkiti Covid-19 akan sembuh selama-lamanya? Baca ini - COVID-19: Antibodi pesakit berkurangan selepas 8 minggu

Kalau jawapan dua soalan diatas ialah YA, maka ia bermaksud anda ambil mudah ancaman Covid-19.

Untuk berdepan dengan kemungkinan kita akan berinteraksi dengan individu yang ada jangkitan Covid-19 (asimtomatik dan simtomatik) tanpa kita sedari, kita mesti berusaha untuk meningkatkan tahap pertahanan terakhir kita - iaitu anti-bodi.

Kerna kita tidak mampu untuk pastikan 100% bahawa sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan kita adalah bebas dari Covid-19.

Mungkin anda asimtomatik? Mungkin anak anda? Mungkin suami anda? Mungkin cucu anda? 

Senarai saspek adalah panjang!!!

Jangan risau - tidak sukar untuk naikkan tahap pertahanan dalaman (anti-bodi) anda 😊. 

Anda hanya perlu lakukan perkara dibawah :
  • Bersenam (Anda boleh lakukan senaman ini)
  • Kawal tekanan (stress) (Rujuk disini)
  • Tidur yang mencukupi
  • Ambil makanan yang tingkatkan anti-bodi (Rujuk disini dan sini.)

Perlu diingatkan, anda MESTI lakukan ketiga-tiga perkara diatas!

Jika anda hanya lakukan satu perkara sahaja dan mengabaikan yang lain, anda bermimpi disiang hari jika anda beranggapan ia sudah mencukupi.

Semoga memberi manfaat. آمین

اَللّٰهُ أَعْلَم

No comments:

Post a Comment