Langkau ke kandungan utama

Panduan untuk penjaga pesakit strok atau pesakit kronik

Anak layan ayah yang uzur dengan penuh kasih - visual of filial care in chronic illness support.

Bukan mudah untuk menjadi penjaga pesakit strok / kronik.

Bukan sahaja kehidupan pesakit kronik berubah 360 darjah, tetapi kehidupan ahli keluarga terdekat, terutamanya penjaga, turut berubah dengan drastik.

Lebih-lebih lagi apabila pesakit strok / kronik memerlukan penjagaan 24 jam.

Sejak saya memberi tumpuan kepada pesakit strok beberapa tahun yang lepas, saya telah menemui pelbagai karenah penjaga.

Saya sering memberi kata-kata semangat kepada penjaga kerana saya tahu jika penjaga tidak mempunyai tahap motivasi yang tinggi, ia akan mempengaruhi proses penyembuhan pesakit strok.


Panduan untuk penjaga*

Berikut beberapa panduan kepada pasangan sebagai penjaga pesakit strok / kronik dalam usaha mengurangkan beban dan mempunyai masa yang lebih berkualiti untuk diri sendiri:

1. Cari jalan supaya anda dapat mengurangkan tekanan perasaan seperti bercakap mengenai masalah anda kepada orang yang boleh dipercayai atau mencari waktu untuk bersendirian daripada memikirkan soal penyakit. Kadangkala berdiam diri dan bersendiri boleh melegakan perasaan. 

2. Cari masa untuk diri anda berasa selesa setiap hari. Contohnya setiap hari, luangkan masa untuk membuat pekerjaan ataupun aktiviti lain yang disukai walaupun kecil. Aktiviti ini mungkin senaman ringan, meditasi, relaks dan banyak lagi aktiviti yang boleh membuat anda berasa lega. Anda boleh melakukan senaman ini dan ini.

3. Ikut serta kumpulan sokongan yang terdiri daripada mereka yang senasib dengan anda. Anda berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan bertanya soalan kepada ahli kumpulan sokongan ini.

4. Jika perasaan anda terlalu tertekan sehingga menjejaskan diri, tidak boleh tidur, terlalu risau dan gagal mengurus diri anda, jangan berlengah berjumpa kaunselor, pakar psikiatri ataupun ahli psikologi. Berjumpa ahli agama yang dapat menasihati anda dari sudut agama dan ketuhanan. Anda digalakkan untuk melakukan ini  dan ini.

5. Jika pesakit strok / kronik itu pasangan, inilah masanya anda cuba meningkatkan hubungan baik, kasih sayang dan keakraban. Anggaplah penyakit yang dihidapi oleh orang yang anda sayangi inilah sebenarnya sebab untuk anda menjadi lebih rapat dan lebih menyayanginya. Bersama-sama mengingati saat indah dalam kehidupan, saat bahagia sejak disatukan, dan bagaimana anda berdua saling bantu membantu dalam mengharungi cabaran lalu.

6. Mencari perkara positif yang diperoleh melalui tanggungjawab anda sebagai penjaga kepada seorang pesakit strok / kronik. Setiap hari perlu fikir perkara positif dan kebaikan yang anda peroleh.

7. Jangan biarkan diri anda dalam keadaan serius sepanjang masa. Ketawa dan berjenaka boleh mengurangkan tekanan.

8. Pemakanan yang baik juga dapat mengurangkan tekanan begitu juga melakukan senaman untuk melancarkan aliran darah sekali gus dapat meningkatkan kesihatan diri.

(*Artikel asal mengenai panduan untuk penjaga sebelum diedit boleh didapati disini.)


Semoga memberi manfaat. آمین

Artikel Berkaitan:

Ulasan

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

Jangan cari pasal dengan manusia bersaka!

Prevention is better than cure.

Menangani Cabaran Emosi : Berurusan Dengan Orang Yang Tidak Memahami Penyakit Anda

Berurusan dengan orang yang mempersoalkan penyakit anda boleh menjadi mencabar dan meletihkan emosi.