Langkau ke kandungan utama

Warkah Untuk Pesakit



Sesungguhnya الله swt bersama orang-orang yang sabar.
(Surah Al-Anfal, Ayat 46)


Jangan risau. 

Insyallah, apa jua penyakit anda, masih ada jalan untuk diusahakan agar tahap kesihatan bertambah baik. 

Langkah pertama untuk sembuh ialah memiliki fikiran yang tenang dan yakin. 

Bila minda berserabut, tubuh sukar untuk pulih. 

Healing starts from within. 

A healthy body begins with a healthy mind.

Memang tidak mudah untuk kekal positif ketika sakit, lebih-lebih lagi bila penyakit memberi kesan besar kepada hidup. 

Tapi walau apa pun yang berlaku, anda tetap berhak memberi nilai tinggi kepada kehidupan anda. 

Jika anda rasa hidup anda tidak berharga, itu silap besar - kerana anda unik. 

Tiada orang lain seperti anda. 

Keunikan anda adalah nilai yang paling berharga kepada kemanusiaan.

Walau seteruk mana keadaan kesihatan anda, tetap ada kisah gembira tentang mereka yang berjaya melawan penyakit yang sama. 

Jadi, untuk sembuh bukan mustahil - kerana ia memang boleh berlaku. 

Agi' idup. Agi' ngelaban. 

Selagi ada nafas, teruskan perjuangan. 

Jangan putus asa.

Ingat, hanya Allah SWT yang tahu bila ajal tiba. 

Tiada manusia yang boleh menentukan bila hidup akan berakhir. 

Banyak kisah di mana keajaiban berlaku - kematian yang dijangka, tiba-tiba muncul harapan di saat akhir. 

Sama ada keajaiban itu akan berlaku kepada anda, hanya الله SWT yang tahu.

Tapi satu perkara pasti - anda masih ada peluang untuk berusaha mendapatkan keajaiban itu. 

Dan itu cukup untuk memberi harapan kepada anda untuk terus berjuang, walaupun anda sedang menghadapi penyakit kronik.



Tiada seorang pun yang diberi suatu pemberian 
yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Artikel Popular Minggu Ini

Masalah Huyung-Hayang: Perspektif Sains

Masalah huyung-hayang atau rasa pening yang menyebabkan seseorang berasa tidak stabil merupakan gejala yang kerap berlaku dalam kalangan pesakit. 

Asyik Marah-Marah Selepas Bangun Tidur di Pagi Hari

Bangun tidur dengan perasaan marah bukan sekadar isu emosi, tetapi mempunyai asas saintifik yang jelas.

Penyakit Buah Pinggang : Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol

Infografik © Kedak Tok BlogSpot.com – Lindungi Buah Pinggang, Jantung & Kesihatan Anda 🩺 Penyakit Buah Pinggang: Amalan dan Larangan bagi Pesakit yang Menghidap Diabetes & Masalah Kolesterol Gambaran Umum: Buah pinggang berfungsi menapis sisa dan lebihan cecair daripada darah. Apabila rosak, toksin akan terkumpul dan menyebabkan penyakit buah pinggang kronik (CKD), kecederaan buah pinggang akut (AKI) atau keadaan genetik seperti penyakit polikistik buah pinggang (PKD). Pesakit CKD lazimnya turut menghadapi diabetes dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko penyakit jantung serta mempercepatkan kerosakan buah pinggang. Realiti di Malaysia: Skala masalah ini amat membimbangkan. Lebih daripada 5 juta rakyat Malaysia hidup dengan CKD, namun hanya 5% yang menyedari keadaan mereka (Majlis Keselamatan Negara/ACT‑KID 2025). Diabetes merupakan punca utama - menyumbang kepada 61% kes kegagalan buah pinggang - dan lebih separuh daripada pesakit dia...

Under Construction

Artikel telah dipindahkan ke Olahan Sidak Semandin

Titik Akupoin untuk Melegakan Haba Badan dan Demam

Perubatan Tradisional Cina (TCM) · Panduan Ringkas Dalam perubatan tradisional Cina (TCM), haba dalaman badan dibahagikan kepada dua jenis utama - haba penuh (semasa demam) dan haba kosong (rasa panas dari dalam tanpa demam).