26 June 2020

Adakah Penyakit Ain benar?


Penyakit Ain ialah sejenis penyakit disebabkan pandangan mata (dan jiwa).
  • Pandangan (mata) yang disebabkan kagum dan teruja dan disertai dengan sedikit sifat cemburu juga boleh menyebabkan terkena penyakit ‘ain mengikut Ibn Hajar al-‘Asqalani. (Lihat Fath al-Bari, 10/200)
  • Menurut Ibn al-Qayyim: “(Pandangan) Jiwa orang yang menjadi penyebab ‘ain boleh menimbulkan ‘ain tanpa hanya dengan penglihatan.
    • Bahkan kadangkala ada orang buta, kemudian diceritakan mengenai sesuatu kepadanya lalu jiwanya boleh menimbulkan ‘ain walaupun dia tidak melihat sesuatu itu. Ada banyak penyebab yang boleh menyebabkan terjadinya ‘ain, hanya dengan cerita tanpa melihat.” (Lihat Zad al-Ma’ad, 4/149)

19 June 2020

Panduan untuk penjaga pesakit strok / kronik


Bukan mudah untuk menjadi penjaga pesakit strok / kronik.

Bukan sahaja kehidupan pesakit kronik berubah 360 darjah, tetapi kehidupan ahli keluarga terdekat, terutamanya penjaga, turut berubah dengan drastik.

Lebih-lebih lagi apabila pesakit strok / kronik memerlukan penjagaan 24 jam.

12 June 2020

Sukar untuk kawal keinginan yang kuat? Sering dihantui pemikiran yang kejam? Anda boleh cuba tip ini.


Anda mungkin sedang berusaha untuk berhenti merokok atau menguruskan badan dengan mengurangkan pengambilan makanan tetapi malangnya anda mengalami kesukaran untuk mengawal keinginan anda.

Ini menyebabkan rancangan anda untuk berhenti merokok, atau menguruskan badan, atau apa jua jenis ketagihan, sukar untuk dicapai.

Dan anda juga mungkin sering dihantui oleh pemikiran yang kejam seperti memukul atau membunuh.

05 June 2020

Senaman Susuk Belangkas untuk wanita


Secara peribadi saya tidak tahu sama ada teknik ini berkesan ataupun tidak.

Tetapi memandangkan teknik ini telah dipromosikan dengan meluas, saya merasakan ia mungkin berupaya untuk memberi manfaat kepada wanita yang sudah berkahwin.

Senaman ini dikatakan berupaya untuk membantu dalam hubungan intim.