28 February 2024

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون


اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Ya Allah! Ampunilah almarhumah, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya. أمين

Ketika saya dan keluarga saya menziarahi sepupu nenek lelaki saya d Kampung Haji Baki pada 25hb Disember 2023, saya ada berbual dengan Allahyarhamah.

Allahyarhamah mengadu keadaan fizikalnya yang semakin lemah.

Saya menasihati Allahyarhamah untuk mendapatkan rawatan rukyah setelah mendapati keadaannya ada menunjukkan kehadiran elemen mistik.

Beberapa minggu kemudian, saya mendapat perkhabaran daripada ibu saya bahawa Allahyarhamah masuk HUS atas sebab penyakit strok.

Dan hari ini saya mendapat berita pemergian Allahyarhamah daripada isteri saya.

Allahyarhamah adalah menantu kepada sepupu nenek lelaki saya dari sebelah ibu saya.


No comments:

Post a Comment