17 January 2024

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Ya Allah! Ampunilah almarhumah, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya. أمين

Saya terkejut dengan berita mengenai Allahyarhamah Siti Hajar telah kembali ke rahmatullah pada bulan Disember lepas.

Saya ada menghubunginya tahun lepas setelah memperolehi nombor telefonnya dari bekas rakan sekerja.

Saya tak menyangka ketika dia melayan mesej Whatsapp saya, dia sebenarnya sedang mengidap sakit kanser. 😞

Sejak tahun 1996, kalau saya tak silap, saya hanya pernah bersua dengannya sekali sahaja - iaitu ketika saya menjenguk Public Bank.

Saya tak ingat tahun bila.

Tapi seingat saya, rakan saya bernama Mazlan, ketika itu, belum bersara. 

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment