19 December 2023

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون



اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah! Ampunilah almarhum, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya. أمين

Ayat pertama yang saya dengar daripada isteri saya apabila saya dikejutkan dari tidur diwaktu Subuh ialah : "Bang Jeman dah ninggal!"

Saya terkejut mendengar berita ini!

Rupa-rupanya Allahyarham Bang Jeman sudah berada di hospital sejak bulan September😞.

Mungkin ada sebab kukuh mengapa isteri Allahyarham tidak memaklumkan hal ini kepada isteri saya.

Isteri Allahyarham adalah bekas rakan sekerja isteri saya.

Saya sekeluarga ada menziarahi keluarga Allahyarham pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

Kami agak lama di rumah Allahyarham kerana sudah lama kami tidak menjenguk ke rumah. 

Mungkin atas sebab rumah kediaman kami sekarang berada diluar Kuching. Wallahua'lam.

Allahyarham bersuara nyaring, garau dan kuat.

Dan suka berjenaka.

Saya ada bertanya Allahyarham tentang kesihatannya.

Jawapan Allahyarham ialah : "Sihat orang tua."

Saya tak menyangka sebenarnya Allahyarham sedang sakit😞.

Semoga ALLAH swt ampuni dosa-dosanya, rahmatinya dan lapangkan kuburnya. أمين
    
    

No comments:

Post a Comment